Wednesday, May 31, 2017

Kenapa Kucing Perlu Vaksin

Setiap pemilik perlu bertanggungjawab terhadap kebajikan dan kesihatan haiwan peliharaan masing-masing.

Penjagaan asas seperti pemakanan, dan amalan kebersihan perlu dipraktik dengan betul.

Selain itu, perkara asas penjagaan dan kesihatan seperti menyahcacing (deworm), menyahkutu (defleas) dan vaksinasi perlu diambil berat untuk memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda berada pada tahap maksima.
Kenapa vaksinasi itu penting?

Seperti bayi manusia, vaksinasi haiwan juga berfungsi sebagai kunci utama dalam memastikan kesihatan haiwan peliharaan anda dan melindungi haiwan ini daripada dijangkiti virus-virus dan bakteria.

Feline Leukimia Virus merupakan pembunuh utama kucing, terutama anak-anak kucing yang lemah imunisasi. Di ikuti dengan Feline Enteritis / Panleukopenia yang merupakan pembunuh kedua kucing. Juga dikenali sebagai feline distemper di mana kucing yang dijangkiti akan lemah, dehydrated, tiada selera makan, cirit-birit adakalanya berdarah, muntah dan sangat mudah menyerang anak-anak kucing yg masih kecil.

Pastikan kucing-kucing anda mendapat vaksinasi seawal umur 2 bulan dan ulangan vaksinasi pada umur 3 bulan dan setiap tahun.


Bagaimana vaksin berfungsi?

Vaksinasi ialah penyuntikan virus dan bakteria ke dalam badan, tetapi dalam bilangan yang sangat kecil. Tujuannya untuk merangsang imunisasi dan antibodi badan bagi menghalang jangkitan penyakit yang disebabkan oleh virus dan bakteria tersebut.

Vaksinasi perlu diulangi setiap tahun untuk memastikan imunasi badan agar menghasilkan antibodi untuk melawan penyakit. Haiwan peliharaan perlu mengambil masa sekurangnya 10 hari untuk membina antibodi badan selepas di suntik dengan vaksin.

Pastikan haiwan peliharaan anda divaksin dalam keadaan sihat. Haiwan yang divaksin dalam keadaan stress, sakit, atau selepas pembedahan boleh merisikokan kesihatan haiwan-haiwan ini.

Untuk kucing-kucing yang baru diselamatkan, doktor akan menyarankan agar kucing-kucing di kuarantikan sekurangnya 14 hari untuk memantau kesihatan kucing-kucing ini. Sekiranya tiada tanda-tanda penyakit, tiada masalah selera makan dan aktif, maka kucing ini layak di vaksin selepas dikuarantinkan dan boleh dicampurkan dengan kucing-kucing sedia ada di rumah anda.

Jenis - jenis Vaksinasi

Vaksinasi yang biasanya disarankan untuk kucing peliharaan ialah Vaksinasi 4 in 1 (FVRCPC). Vaksinasi ini menghalang jangkitan virus-virus berikut :
  • Feline Viral Rhinotracheitis (FVR) - Tanda-tanda awal ialah selsema (flu), boleh menjadi sangat serius, mudah berjangkit dengan menyerang sistem pernafasan kucing dan boleh membawa maut kepada anak-anak kucing yang masih kecil. Tanda-tanda serangan virus ini ialah kerap bersin, hilang selera makan, demam, keluar lendiran dari mata dan hidung kucing yang dijangkiti.
  • Feline Calicivirus - Virus ini turut menyerang sistem pernafasan, boleh menyebabkan ulser dan blisters dalam mulut. Biasanya tidak membawa maut, tetapi jika tidak dirawat boleh membawa kepada jangkitan lebih serius iaitu pneumonia yang boleh mengakibatkan kematian.
  • Feline Panleukopenia (Distemper) - Virus ini sangat mudah berjangkit dan merebak. Kucing yang dijangkiti akan hilang selera makan, muntah, cirit-birit, murung dan dehydration. Sesetengah kucing dewasa boleh sembuh sekiranya dijangkiti, bagaimanapun peluang anak-anak kucing untuk sembuh sekiranya dijangkiti virus ini adalah sangat tipis dan hampir mustahil. Virus ini boleh membunuh anak-anak kucing yang lahir dalam persekitaran yang stress, malnutrisi dan kurang tahap kebersihan.
  • Feline Chlamydia (pneumonitis) - Sejenis bakteria yang menyerang sistem pernafasan. Sangat mudah berjangkit. Meskipun telah sembuh, kucing boleh dijangkiti semula sekiranya sakit atau stress. Tanda-tanda klinikal ialah conjunctivitis (jangkitan pada mata), mata berair , bersin, air liur meleleh dan batuk. Sekiranya tak dirawat, boleh menular ke peparu. 
Bagi rescuer dan fosterer yang aktif menyelamatkan dan membawa pulang kucing-kucing sakit yang perlukan rawatan, doktor akan menggalakkan agar kucing-kucing yang dipelihara di rumah mereka agar diberikan Vaksinasi 5 in 1 (FVRCPC + FeLV) di mana vaksinasi kelima ini melindungi kucing peliharaan daripada dijangkiti :
  • Feline Leukemia (FeLV) - Virus ini boleh membawa kematian kepada kucing . Tiada rawatan untuk jangkitan FeLV. Rawatan sokongan hanya membantu kucing dari segi meringankan simptom-simptom yang dialami. Seperti Leukimia yang menyerang manusia, virus ini boleh menyebabkan kanser. Virus ini boleh dicegah dengan pengambilan vaksin 5 in 1 atau standalone FeLV vaccine. Bagaimanapun, sebelum mengambil vaksin ini, kucing-kucing perlu menjalani snap test untuk memastikan kucing tersebut bebas daripada FeLV sebelum pengambilan vaksin ini. FeLV dikatakan pembunuh utama kucing-kucing jalalan dan kucing-kucing 'outdoor'.
Sekiranya telah diserang dengan virus FeLV, pengambilan vaksin FeLV sudah tidak memberi apa-apa kesan perlindingan atau penyembuhan kepada kucing yang telah dijangkiti. Dapatkan pelindungan dari FeLV sebelum terlambat.


Virus-virus Lain Yang Biasa Menyerang Kucing Jalanan di Malaysia

Selain daripada virus yang disenaraikan di atas, berikut adalah virus yang kerap menular kucing-kucing di Malaysia, terutama kucing yang dibiarkan bebas bergaul dengan kucing-kucing jalanan di luar sana.

  • Feline Infectious Peritonitis (FIP) - FIP merupakan pembunuh kedua kucing dewasa dan anak-anak kucing selepas Feline Leukemia Virus (FeLV). Virus boleh disebarkan melalui air liur, air kencing dan najis haiwan yang dijangkiti. Virus ini mampu bertahan dalam persekitaran selama beberapa minggu, malah beberapa bulan. FIP terbahagi kepada 'wet FIP' dan 'dry FIP'. Tanda-tanda FIP terdiri daripada perut yang membusungkan cecair, demam, susut berat badan, hilang kawalan pergerakan badan, lumpuh, jangkitan teruk pada mata. Tiada rawatan dan vaksin untuk pesakit FIP. Kucing yang disahkan FIP akan mati dalam masa berapa minggu/bulan. 
  • Feline Immunodeficiency Virus (FIV / Feline AIDS) - Seperti pesakit HIV/AIDS pada manusia, FIV boleh mengakibatkan kematian dan tiada rawatan. Virus ini mengganggu sistem imunisasi, menyebabkan kucing yang dijangkiti mudah terdedah kepada penyakit serius yang lain. Sekiranya kucing anda mempunyai luka pada mana-mana bahagian badan yang sukar sembuh, menanah dan berulat, pastikan kucing anda menjalani ujian FIV & FeLV. Kebanyakan kucing yang diselamatkan oleh rescuer dan mempunyai luka berulat biasanya positif FIV dan mudah dijangkiti selsema dan penyakit lain. Meskipun di Malaysia ada vaksin FIV dijual, namun ia tidak disarankan kerana selepas disuntik, virus FIV akan terus menjangkiti kucing anda. Namun sekiranya ada kucing di rumah anda yang telah disahkan positif FIV, anda boleh mendapatkan saranan dari doktor sekiranya kucing-kucing yang belum dijangkiti boleh disuntik dengan FIV vaksin.
Sekiranya kucing telah dijangkiti dengan mana-mana virus di atas, rawatan untuk penyembuhan adalah sangat sukar dan menelan belanja yang besar dan tempoh rawatan yang panjang. Kerana itu anda digalakkan mengvaksinkan kucing peliharaan anda dan mengelakkan kucing anda daripada bergaul dengan kucing-kucing lain yang tidak divaksinkan. 


KEBAIKAN DAN KEBURUKAN MEMANDULKAN KUCING

Pemandulan, kembiri dan kasi membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Ada banyak cara boleh dilakukan bergantung kepada jantina. Perlu ke kita mandulkan kucing kita? Ini semua bergantung kepada keadaan.

Sekiranya kucing betina kita asik beranak yo kojo, kucing jantan asik merayau melalak dan memancut-mancutkan kencing yang 'harum semerbak' tak kira tempat, asik kena langgar (sebab sibuk cari betina...), asik 'merempit' dalam kampung...erkk! , maka di saat itu kita perlu pertimbangkan untuk memandulkan kucing kesayangan kita. Soalan yang selalu berkumandang atau bermain di fikiran ialah boleh ke atau apa hukumnya dalam agama? Hehehe..dah ada pun pasal hukum nih dalam posting aku sebelum ni. Boleh la baca pelan2 ye...

Terminologi pemandulan (neuter) haiwan :

1. 'Castration' / 'castrate' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing jantan.
2. 'Spaying'/ 'spay' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing betina.

Prosedur dan kaedah operasi untuk pemandulan akan aku bagitau dalam posting yang akan datang...tunggu yo baiiii!

Kebaikan pemandulan :

1. kurang merayau atau bersosial
Kucing jantan tak sibuk cari betina dan si betina pun tak ler sibuk memanggil-manggil si jantan. Pada sesetengah individu mungkin ada sedikit perubahan daripada segi perlakuan. Daripada agresif, mungkin menjadi lebih manja. Tidak dinafikan ada juga individu yang bertambah garang.

2. Tidak beranak
Khas untuk kucing betina. Takde ler dia asik beranak jek. Tuan punya kucing tak ler bertukar status daripada pemelihara kepada penternak kucing la pulak...heheheh. Senang nak uruskan kucing dalam kuantiti yang dapat kita kawal. Kalau banyak sangat kucing nanti jiran pun boleh marah. Dah banyak anak kucing, mula ler dok buang sana, buang sini...sampai depan klinik aku pun orang buang kucing...adoyaiii...

3. Kucing anda bertambah sihat
Yup...kucing korang akan bertambah sihat. Takde la calar balar bergaduh, kena langgar kereta masa tengah carik betina, takde dapat penyakit berjangkit, kurap pun tak kena dan banyak lagi faedahnya daripada segi kesihatan.

Keburukan pemandulan :

1. Tiada keturunan
Hehe..tak de la dapat baka berikutnya atau takde anak ler kucing tu. Kalau beli beribu hingget mak kucing tu, rugi gak kalau tak dapat anak sekor dua. Pilihan ditangan anda...

2. Penambahan berat badan
Dengan kurangnya aktiviti pengawanan dan 'merempit', kucing anda lebih banyak masa duduk dan bersenang-senang di rumah. Makan banyak, aktiviti kurang...maka kesannya akan naik berat badan. Kawal pemakanan kucing anda. Jangan sampai korang tak dapat bezakan mana satu kucing dan mana satu bantal di kemudian hari...kekekeke

Pada tahun lepas terdapat kira-kira 17 juta kucing dan anjing telah di terima di seluruh rumah perlindungan haiwan di seluruh dunia. Hanya kira-kira 10% sahaja diambil oleh keluarga angkat. Selebihnya terpaksa dimusnahkan. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk mengembirikan haiwan peliharaan kita sekiranya diperlukan. Pilihan ditangan kita....buat pilihan yang bijak agar perkongsian hidup kita dengan mereka di bumi ini menjadi lebih bermakna.


MAKANAN YANG BAIK/BOLEH DAN TIDAK BAIK/BAHAYA BAGI KUCING

Sering kita baca pertanyaan 'apa kucing boleh makan ini' 'kenapa gaboleh makan itu ?' di grup2 perkucingan berikut penjelasan makanan yang baik dan tidak baik bagi kucing
Semoga ini membantu ya :
Boleh dan baik : - Sayuran : Asparagus , Bayam , Brokoli & Wortel (matang) , Kacang Polong & Buncis , Labu Haloween(pumpkin) - Buah : Blueberi , Melon , Blewah(all winter squash boleh), Semangka (tanpa biji) , Pisang & Apel - Daging & Hati Sapi : , Ayam , Kalkun , Kambing/Domba - Kaldu Asli : dari rebusan daging tanpa garam dan bumbu apapun , bukan kaldu instan/kemasan/bubuk/block ya - Ikan (matang) - Timun tanpa biji & Timun Jepang - Kuning Telur (matang) : telur mentah membawa bakteri salmonela n e.coli (menyebabkan diare) , sedangkan putih telur mengandung avidin yang dapat mengganggu penyerapan vit B sehingga dapat mengakibatkan gangguan kulit pada kucing . Lagipula protein yang diserap oleh kuning telur mentah hanya 51% sedangkan pada kuning telur matang 91 % . - Roti (sesekali) - Gandum (oats) pada sereal sebaiknya yang tidak mengandung - Polenta (jagung kuning/putih yg dikeringkan) - Produk susu : Yogurt (plain-rendah lemak) & Keju (sedikit) - Ubi tanpa kulit - Minyak Ikan (minyak hati ikan tidak boleh sering2) Tambahan (tidak ada dalam tabel) : - Daging mentah dibekukan(frozen raw food diet) : pembekuan minim 3 hari , lebih baik jika 7 hari , berikan pada kucing setelah di defrost atau siram saja menggunakan air mendidih . - Hati dan jantung : sesekali diberikan tapi tidak boleh keseringan karena akan menyebabkan hipertaminosis vitamin A .
Tidak boleh dan tidak baik : - Nasi : saluran pencernaan kucing itu sulit untuk mencerna karbohidrat . Nasi memang bisa menjadi sumber energi , tapi tidak perlu terlalu banyak . Karena grains tidak dapat dicerna oleh lambung kucing dan akan membuat organ dalamnya harus bekerja lebih berat sehingga mempercepat radang usu, gagal ginjal , n sakit pencernaan lainnya
- Kafein : (kopi , teh, energi drinks , dll) : kafein akan merangsang sistem saraf dan menimbulkan gemetar serta muntah atau diare .
- ALKOHOL : mempengaruhi sistem saraf semua hewan . Mengakibatkan disorientasi , muntah-muntah , diare , lesu , kehilangan koordinasi fungsi tubuh , sulit bernapas , kejang , hingga koma .
- Tulang yg dimasak maupun mentah : dapat menyebabkan kucing tersedak , ketulangan dan pecahan tulang dapat menyebabkan pencernaan serta mulut kucing terluka .
- Obat dan Suplemen Manusia : menyebabkan pencernaan terganggu , beracun bagi beberapa organ termasuk hati dan ginjal . Obat yang sepertinya biasa untuk manusia seperti obat tetes mata , vitamin , antibiotik(ygsebenarnya harus pake resep dokter) dll juga bisa berbahaya untuk kucing apalagi jika ada tanda lingkaran merah yg menandakan itu obat keras .
- Parasetamol atau asetaminofen : kucing kekurangan enzim transferase glucuronyl yang diperlukan untuk memecah parasetamol , dalam beberapa menit setelah pemberian obat ini dapat berakibat fatal pada kucing . Awal gejala yakni muntah , air liur keluar terus (hipersalivasi) , dan perubahan warna (discolouration) lidah dan gusi . Beberapa jam pertama , kucing yang terpengaruh obat parasetamol akan bernapas menjadi lebih cepat, lidahnya menjadi biru dan jantung berdetak lebih cepat . Hal tersebut disebabkan oleh efek berkurangnya oksigen dalam sirkulasi darah . Kucing kemungkinan besar akan tertekan , muntah , atau mengalami kebengkakan pada kepala dan kaki . Jika kucing bertahan dari gejala awal ini , dalam beberapa hari ke depan kucing kemungkinan besar akan menghasilkan urin yang berwarna merah darah , terjadinya sakit perut (diare/enteritis), dan mungkin menjadi jaundiced ( di mana mata menjadi kuning ) .
- Bawang-bawangan : (putih , merah , bombay , lokio , daun bawang , bawang prei dll) : semua jenis bawang mengandung bahan kimia yang dapat merusak sel darah merah pada kucing dan anjing , sekaligus menyebabkan anemia . Dapat menimbulkan gejala muntah- muntah , urin berwarna kemerahan , lesu , dan anemia . Meskipun kita telah memasak makanan ini , tetap tidak mengurangi kadar racunnya .
- Anggur & Kismis : dapat menyebabkan gagal ginjal dengan gejala lemah , lesu , muntah , sering buang air kecil dan diare .
- Xylitol pada permen Karet , permen , pemanis buatan , odol , penyegar mulut , berbahaya bagi anjing dan kucing karena menyebabkan hipoglikemia (gula darah rendah) dan meningkatkan sekresi insulin . Xylitol juga dapat menyebabkan kerusakan hati pada anjing dan kucing . Dalam waktu 30 menit setelah makan makanan yang mengandung xylitol terjadi muntah , lesu , kejang , diare dan/atau menjadi tidak terkoordinasi atau bertingkah aneh .
- Jamur : dapat mengandung racun yang menyerang berbagai sistem dalam tubuh kucing , mengakibatkan syok dan kematian mendadak .
- Ikan/Daging Kalengan untuk manusia(terutama tuna kalengan) : mengandung bumbu2 termasuk bawang , garam dan bahan pengawet . Jika sering dikonsumsi akan menyebabkan malnutrisi karena kandungan vitamin dan mineral yang sangat rendah .
- Susu : kucing tidak dapat mencerna laktosa , jika ingin memberikan susu sebaiknya susu kucing atau kambing atau susu rendah/tanpa laktosa .
- Lemak : dapat menyebabkan diare , mutah dan gangguan usus .
- Kacang-kacangan terutama Macadamia : kerja racun pada kadang macadamia belum dipahami dengan baik , tetapi gejala klinis yang terjadi pada kucing(biasanya 12 jam setelah mengkonsumsi) adalah depresi , lemah , muntah , tremor , nyeri sendi , dan gusi pucat .
- Makanan yg Digoreng : menyebabkan bulu kucing rontok
- Ikan Mentah : enzim pada ikan mentah mengganggu penyerapan thiamin pada tubuh kucing , dapat menyebabkan kerusakan syaraf , kehilangan selera makan dan kejang . - Biji-bijian dan padi-padian : ada beberapa bebijian yang mengandung cyanide-misal biji apel dan pir(beracun bagi hewan dan manusia) , sementada beberapa jenis padi- apdian banyak mengandung gluten .
- Adonan roti mentah : karena mengandung ragi akan menimbulkan gas di dalam perut , yang bisa menimbulkan keracunan alkohol . Gejala yang ditimbulkan antara lain ; muntah , disorientasi , diare , lesu , sulit bernapas , dll .
- Alpukat : daun pohon alpukat , buah , dan kulit batang tanaman cenderung semua beracun . Alpukat mengandung persin , yang bisa merusak otot jantung binatang . Tanda- tanda klinis pada anjing dan kucing muntah , diare , lesu , dan kesulitan bernapas .
- Kesemek : dapat menyebabkan obstruksi dan radang usus terutama bijinya .
- Tomat Hijau : mengandung alkaloid yang pahit dan beracun bernama Glycoalkaloid Solanine . Senyawa ini bisa menimbulkan gejala gastrointestinal bawah(penyakit pencernaan) . Daun dan batangnya adalah bagian yang paling berbahaya . (Sekedar catatan , tomat dalam makanan kucing tidak berbahaya karena sudah matang dan kadarnya relatif kecil) .
- Coklat : mengandung theobromine , zat kimia yang menjadi racun bagi kucing dalam jumlah cukup besar . Cokelat juga mengandung kafein yang ditemukan dalam kopi , teh , dan minuman ringan tertentu . Berbagai jenis cokelat mengandung jumlah theobromine dan kafein yang berbeda , misalnya , dark chocolate dan coklat masak mengandung lebih dari senyawa ini dibandingkan dengan coklat susu . Cokelat juga bisa menstimulasi sistem saraf dan jantung semua spesies binatang , khususnya anjing dan kucing . Keracunan coklat dapat menyebabkan muntah , diare , kehausan , demam , denyut jantung cepat atau tidak teratur , gelisah , tremor otot , dan kejang . Kematian dapat terjadi dalam waktu 24 jam setelah anjing dan kucing menelan coklat . - Santan/coconut milk : - Bunga Lily dan beberapa lagi - Bubur bayi : mengandung susu dan kadang bubuk bawang putih - Marijuana/ganja : menyebabkan muntah , nervous , dan jantung berdetak cepat . - Garam : dapat menyebabkan ketidak seimbangan elektrolit - Gula pada makanan terutama gula buatan : menyebabkan masalah gigi , kegemukan dan akhirnya diabetes melitus . - Tembakau : kandungan nikotin menyebabkan muntah , nervous , jantung berdetak cepat , koma dan kematian . - Makanan anjing(dog food) : dalam porsi kecil oke aja , tapi jika terlalu sering dapat menyebabkan malnutrisi dan penyakit jantung . - Durian : mengandung sedikit alkohol




Ikan Mentah Sebagai Makanan Kucing

Baikkah Ikan Mentah Sebagai Makanan Kucing

Ikan mentah mempunyai enzin yang bernama enzim thiaminase, enzim ini dapat menghancurkan thiamine yang merupakan bagian vitamin B yang penting. Yang mengkhawatirkan adalah, kekurangan thiamine bisa menyebabkan kerusakan otak dan koma. Enzim thiaminase ini dapat dihancurkan oleh panas, inilah alasan mengapa kita lebih baik memasak ikan terlebih dahulu sebelum kita berikan pada kucing peliharaan kita.

Kekurangan thiamine memang bisa di akali dengan memberikan kucing kita suplemen tambahan seperti vitamin B yang mengandung thiamine, namun alangkah baiknya sejak dari awal kita sudah memperhatikan ikan yang kita berikan. Repot sedikit memasakan ikan untuk kucing tidak mengapa dari pada kita membiarkan kucing kita sakit dan menderita kerusakan otak dan koma.

Sebaiknya kita juga mengetahui tentang jenis jenis ikan yang bisa kita berikan pada kucing kita, jenis ikan jika kita pandang dari sudut makanan kucing ada dua macam. Yaitu ikan putih dan ikan berminyak, keduanya memiliki kekurangan dan kelebihannya masing masing.

Jenis ikan putih

Jenis ikan putih adalah jenis ikan yang memiliki nutrisi mirip dengan daging tanpa lemak, lemak yang terkandung hanya sekitar 2% saja. Karena lemak yang dimiliki jenis ikan ini sedikit maka vitamin yang larut dalam lemak  seperti Vitamin A,B,E,K juga berkurang. Contoh ikan jenis ini seperti ikan bandeng, ikan air tawar dll. Jenis ikan ini cocok bagi kucing yang memang sedang diet menurunkan berat badan, namun harus ditambah dengan makanan lain agar vitamin yang tidak diperoleh dalam ikan ini bisa tercukupi.

Jenis ikan berminyak

Jenis ikan berminyak adalah ikan yang mengandung banyak lemak serta memiliki Vitamin A dan Vitamin D yang cukup tinggi, contohnya adalah ikan tuna. Ikan jenis ini hanya baik diberikan sebagai pakan tambahan bagi kucing, bukan sebagai pakan utama. Kalau kucing kesayangan kita berikan makanan ikan berminyak terlalu sering dapat menyebabkan pembengkakan berupa timbunan endapan lapisan lemak dibawah kulit.

Namun kedua jenis ikan tersebut juga masih kekurangan nutrisi seperti Fosfor, tembaga, magnesium dan kalsium. Tapi yang paling penting dari jenis ikan manapun adalah ikan mempunyai kandungan protein yang tinggi dan baik untuk semua hewan kesayangan termasuk kucing. Jadi sebaiknya kita memasak terlebih dahulu ikan apapun dan jangan menyajikan Ikan Mentah Sebagai Makanan Kucing.


SEBAB KUCING MAKAN RUMPUT

Kucing adalah haiwan yang pembersih. Tentu sekali anda pernah lihat kucing anda menjilat bulu mereka setiap hari. Seperti yang anda ketahui, kucing mempunyai lidah seperti sikat yang halus, jika kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidah kucing dan akan terus ditelan.
Bulu yang terus ditelan tersebut tidak akan dicerna atau dihadam oleh perut kucing, jadi saban hari bulu tersebut menjadi gumpalan ataupun lebih dikenali sebagai "hairball".
Gumpalan bulu yang tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera.
-- Bagaimana cara untuk mengeluarkan gumpalan bulu tersebut? --
Jangan risau, kucing semestinya tahu bagaimana untuk mengeluarkan gumpalan tersebut secara semulajadi. Mengikut pemerhatian di seluruh dunia, kucing akan memilih Rumput sebagai ejen untuk memuntahkan gumpalan bulu tersebut.
Ya! ,memuntahkan semula adalah satu-satunya cara untuk mengawal atau membuang gumpalan tersebut. Kucing akan makan rumput dan akan memuntahkan gumpalan bulu bersama-sama rumput yang dimakan.
Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!
Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai dan salad itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan / tumbuhan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.
TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.
Terdapat banyak kes yang menyedihkan mengatakan kucing mereka mati akibat diracun orang, kepada yang terlibat, kami meminta maaf atas apa yang terjadi kepada kucing anda, tetapi mungkin anda perlu berfikir dua tiga kali kenapa kucing anda seakan diracun orang. Mungkin kerana racun rumpai yang tidak disengajakan ataupun pokok/rumput yang beracun. Jadi, berhati-hati.


Kenapa Kucing Goyangkan Badannya Sebelum Kejar Sesuatu

Kalau korang biasa tengok kucing sebelum mengejar sesuatu, biasanya dia akan menggoyangkan bahagian belakang badan mereka terlebih dahulu.

Mungkin pada setengah orang, ia hanya untuk kucing nampak comel, tapi sebenarnya perbuatan ini berkait rapat dengan kestabilan kucing itu.

Dalam erti kata lain, semakin kuat kucing menggoyangkan bahagian belakangnya, semakin stabil dan semakin laju dia akan mengejar.





Tuesday, May 30, 2017

Kucing harus disayangi bukan dizalimi - Tanggungjawab terhadap haiwan

1001 Kemusykilan
Oleh DR. ABDUL HAYEI BIN ABDUL SUKOR
(Akademi Pengajian Islam)
SOALAN: Saya seorang wanita yang sangat sukakan haiwan jinak. Saya memelihara enam ekor kucing dan mengambil berat tentang penjagaan mereka. Beberapa minggu lalu, saya terpaksa menyerahkan kucing-kucing saya kepada jiran di sebelah rumah, kerana saya ke luar negara, malangnya jiran saya tidak begitu mengambil berat tentang kucing-kucing itu, menyebabkan ia mati dilanggar kereta dan ada juga yang sakit kerana dikhianati orang yang tidak bertanggungjawab. Soalan saya ialah:
1. Adakah pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab itu akan disoal di akhirat nanti, kerana kezaliman yang dilakukan terhadap kucing-kucing peliharaan?
2. Adakah saya akan bertemu kembali dengan kucing-kucing kesayangan saya itu ketika ia menuntut bela ke atas pihak-pihak yang berlaku zalim terhadapnya.
3. Di manakah letaknya roh-roh kucing, selepas mati. - NORIFAH, Triang, Pahang.
JAWAPAN: Sebelum menjawab soalan puan, lebih dahulu saya mengucapkan setinggi-tinggi penghargaan atas tabiat puan Norifah yang menyayangi haiwan jinak itu. Tabiat ini sangat baik dan patut dipuji, kerana Islam menyuruh umatnya agar menyayangi semua makhluk Allah, termasuk insan, haiwan dan juga alam sekitar. Bagaimanapun, menyayangi sesuatu ada batasnya, jangan keterlaluan sehingga menyayangi kucing melebihi kesayangan terhadap manusia.
Sering terjadi dalam sesetengah masyarakat di negara-negara maju, anjing dan kucing mendapat pembelaan yang lebih istimewa, dari segi makan minum, kebersihan, kesihatan, tempat tinggal dan sebagainya, sedangkan pada masa yang sama, didapati beratus-ratus kanak-kanak yang tidak berdosa terkorban setiap hari, akibat kerakusan kuasa oleh pihak-pihak yang mendakwa kononnya mereka telah maju.
Dari aspek bertentangan pula, kita dapati ada manusia yang keras tabiatnya, suka menzalimi haiwan, sanggup membunuh binatang tanpa sebarang dosa, semata-mata kerana kegemaran hidupnya memburu dan membunuh, seolah-olah haiwan dicipta Allah untuk diburu dan dibunuh. Sikap ini juga pada hemat saya suatu keterlaluan, bahkan kegembiraan memburu binatang bukan suatu budaya yang terpuji pada zaman ini.
Kembali kepada soalan yang dikemukakan di atas, saya meneliti jawapannya dari dua aspek iaitu bertanggungjawab terhadap haiwan di dunia dan nasib mereka di akhirat.
Pertama. Tanggungjawab terhadap haiwan. Manusia hendaklah bertanggungjawab terhadap kebajikan haiwan, terutama yang di bawah kawalannya. Jika haiwan itu merupakan peliharaan anda, berilah kepadanya makan minum secukupnya, jagalah kepentingan hidupnya dengan penuh tanggungjawab. Jika haiwan itu mendatangkan bahaya kepada keselamatan manusia, maka hendaklah dibunuh sebelum ia membunuh manusia, tetapi hendaklah dengan tertib dan terhormat.
Dalam hadis Bukhari bilangan 3071, Ibn Umar radiallahuanhu meriwayatkan sabda rasulullah s.a.w. yang bermaksud: Seorang wanita dimasukkan ke neraka, kerana mendera seekor kucing, ia tidak memberinya makan minum sehingga mati kelaparan. Tiada sebab mengapa kucing harus didera, jika tidak kerana hati yang keras dan tidak bertimbang rasa. Memang hati yang keras tidak pernah mengenal mangsa, sama ada kucing atau manusia.
Dalam sebuah hadis yang juga riwayat Bukhari bilangan 3208, rasulullah s.a.w. bersabda: Seorang pelacur dari Bani Israel diampun dosanya oleh Allah dan dimasuknya ke syurga kerana ia bersimpati dengan seekor anjing yang kehausan air, lalu ia turun ke dalam telaga dan mengangkut air dengan kasutnya untuk diberi minum kepada anjing itu. Kita mungkin bertanya, bukankah anjing itu najis mughallazah (berat). Sentuhannya mewajibkan basuh tujuh kali menurut mazhab Syafie, salah satu daripadanya hendaklah dengan air tanah.
Masalah yang berbangkit dalam hadis di atas bukan soal najis atau tidak najisnya anjing, tetapi simpati dan sikap perikemanusiaan terhadap haiwan itu. Islam adalah agama rahmah dan kasih sayang terhadap semua makhluk, sama ada haiwan atau manusia, muslim atau kafir.
Kucing dan anjing adalah haiwan jinak, berbuat baik kepadanya menyebabkan terhapusnya karat-karat dosa yang degil, lalu ditempatkan seseorang itu di syurga. Berlaku zalim terhadapnya pula suatu dosa yang memungkinkan seseorang dimasukkan ke neraka. Syurga dan neraka bukan perkara kecil yang boleh diselesaikan dengan jawapan mahu atau tidak, tetapi suatu pembalasan berdasarkan dosa dan pahala.
Dalam suatu peristiwa, tatkala seorang sahabat nabi bernama Abdul Rahman bin Sakhr menemui seekor anak kucing yang sedang mengiau kerana kehilangan ibunya. Beliau yang dalam perjalanannya menuju Masjid Nabawi, berasa kasihan kepada anak kucing itu, lalu mengambil dan meletaknya dalam baju besar beliau.
Sesampainya di masjid, baginda bertanya Abdul Rahman, apa dalam bajunya? Ia menjawab anak kucing yang kehilangan ibu, aku mengambilnya kerana kasihan padanya. Lalu baginda menggelarkan Abdul Rahman dengan Abu Hurairah (bapa kucing).
Gelaran bapa kucing tidak sedikitpun menjejaskan maruah dan reputasi Abdul Rahman, malah inilah gelaran yang paling disukai tatkala namanya disebut, kerana nabi sendiri yang memberi gelaran itu. Selain itu juga, gelaran Abu Hurairah mengingatkan beliau kepada suatu amal soleh yang pernah dilakukannya menerusi pembelaan seekor anak kucing.
Hadis-hadis ini dengan sendirinya menolak dakwaan sesetengah pihak kononnya Richard Martin dari Britain yang menubuhkan Persatuan Antikezaliman Terhadap Haiwan pada tahun 1824M, merupakan yang pertama di dunia membela haiwan. Dakwaan ini tidak tepat, kerana nabi Muhammad s.a.w. sejak lebih 1422 tahun yang lalu telah membela haiwan. Jangka masa itu jauh mendahului tokoh dari Britain yang diagungkan itu.
Menyayangi binatang adalah sebahagian daripada ajaran Islam yang syumul (lengkap). Justeru, kita tidak terkejut jika ada kajian mengesahkan hasil-hasil positif daripada tabiat ini. Sebagai contoh, suatu kajian pernah dilakukan di Universiti Atlanta di Amerika Syarikat terhadap pesakit-pesakit darah tinggi, didapati keluarga yang memelihara kucing dan anjing lebih rendah tekanan darahnya berbanding keluarga yang tidak membela haiwan itu. Islam menerima pemeliharaan kucing, tetapi menolak anjing kerana najis.
Perlu juga disebutkan, dalam hadis-hadis sahih menyebutkan beberapa jenis haiwan yang harus dibunuh, kerana tabiatnya mengancam kehidupan manusia, seperti anjing gila, ular berbisa, tikus, gagak dan sebagainya. Binatang-binatang liar seperti harimau, gajah dan sebagainya juga harus dibunuh, jika ada tanda-tanda mereka mengancam nyawa manusia. Jangan tunggu sehingga ia lebih dahulu membaham manusia.
Kedua. Nasib haiwan di akhirat. Tentang nasib haiwan di akhirat, sama ada akan dibangkit semula atau tidak. Ulama mempunyai dua pandangan berikut:
1. Semua haiwan akan dibangkit semula di akhirat. Tujuannya ialah untuk menyelesaikan masalah-masalah yang ada hubungan dengan manusia atau sesama haiwan, termasuk pengkhianatan yang dilakukan terhadapnya oleh pihak-pihak yang dikatakan tidak bertanggungjawab. Pendapat ini diperkukuhkan dengan beberapa ayat al-Quran, seperti firman Allah yang bermaksud: Dan ingatlah ketika binatang-binatang liar dikumpulkan (al-Takwir: 5).
Menurut pandangan ini, pengumpulan yang dimaksudkan ialah pengumpulan di akhirat bersama-sama manusia, untuk dihisab hak-haknya yang dizalimi dan diambil tindakan sewajarnya mengikut keadilan Allah. Pendapat ini diperkukuhkan lagi dengan sebuah hadis riwayat Muslim bilangan 4679 yang bermaksud:
``Sesungguhnya setiap hak akan disempurnakan pada hari kiamat, hinggakan kambing bertanduk akan diserah kepada kambing tanpa tanduk untuk dibalas tandukannya. Maksudnya, kambing tanpa tanduk selalu dizalimi oleh kambing bertanduk. Kezaliman ini akan diselesaikan di mahsyar (tempat perhimpunan) di akhirat melalui pembalasan.
Ada juga orang membuat hujah dengan haiwan korban yang dibangkit semula, lalu menjadi kenderaan kepada tuan punya korban. Dikatakan jika haiwan itu gemuk dan bertenaga lebih, nescaya mampu mengangkut tuan punya korban ke syurga. Sebaliknya jika kurus akan terhentilah haiwan dan tuan punyanya di separuh jalan.
2. Haiwan tidak akan dibangkit lagi pada hari akhirat, kerana ia bukan ahli yang memikul dosa dan pahala, tidak disediakan bagi haiwan sama ada syurga atau neraka. Pembalasan hanya berlaku apabila adanya taklif (pembebanan tanggungjawab) seperti terhadap manusia dan jin. Haiwan tidak pernah ditaklifkan dengan sebarang beban tugas. Oleh itu ia tidak dibangkit lagi selepas mati.
Saya lebih cenderung kepada pendapat kedua ini, kerana tiada dalil yang kukuh menyatakan haiwan dibangkit dan akan menerima pembalasan. Hujah yang diberi kumpulan pertama boleh dijawab berbagai-bagai jawapan, misalnya:
Ayat 5 surah al-Takwir yang menyatakan semua binatang liar dikumpul. Maksud pengumpulan ini ialah perubahan tabiat daripada hidup liar dan berlari-lari memburu mangsa dari sana-sini kepada hidup berkumpul kerana takutkan huru-hara kiamat yang sedang berlaku. Ayat-ayat pertama surah al-Takwir ini pada hakikatnya tidak membicarakan suasana pada hari kiamat, tetapi membicarakan suasana sebelum kiamat berlaku.
Hadis yang menyatakan kambing tanpa tanduk diberi peluang menanduk kambing-kambing yang pernah menanduknya di dunia, tidak juga jelas menunjukkan kebangkitan semua haiwan di akhirat, kerana ungkapan ini menurut sesetenah pengulas hadis adalah menyatakan keadilan Ilahi yang membalas semua kezaliman yang berlaku semasa di dunia, iaitu sebelum masing-masing sama ada ke syurga atau ke neraka.
Hadis yang menyatakan haiwan korban menjadi tunggangan tuan punya korban ke syurga, hendaklah difahami keterangan ini sebagai simbolik. Kenderaan di akhirat tidak boleh disamakan dengan kenderaan di dunia, tambahan pula kenderaan di duniapun tidak lagi memakai kereta lembu dan kereta kuda.
Sebagai kesimpulan, memelihara haiwan adalah suatu amal soleh yang sangat besar pahalanya di sisi Allah, setiap makanan yang diberi dan setiap tanaman yang dimakan olehnya pasti ada pahalanya. Kasihanlah kepada haiwan, jangan menzaliminya, jangan khianati pergerakan dan kehidupannya. Haiwan juga makhluk Allah yang ingin hidup bersama-sama manusia di bumi ini



PENJAGAAN GIGI SI BULUS

Apa kepentingan membersihkan gigi si bulus

Penjagaan gigi si bulus perlu dilakukan bagi mengelakkan pembentukan kaviti dan tartar. Pembersihan gigi dan gusi juga dapat mengelakkan si bulus terkena ulser. Gigi si bulus perlu dibersihkan setiap hari. Bawa si bulus untuk berjumpa pakar bagi pembersihan gigi yang menyeluruh sekali setahun. Pakar juga boleh mengesyorkan produk yang baik untuk gigi dan gusi si bulus.

Cara membersihkan gigi si bulus
Penggunaan berus & ubat gigi khas buat si bulus perlu dititikberatkan. Jangan sesekali menggunakan berus dan ubat gigi manusia ke atas si bulus, kerana itu adalah tidak sesuai sama sekali.
Guna berus gigi yang lembut & ubat gigi yg mempunyai rasa ayam, ikan dan sebagainya bagi merangsang sibulus untuk membenarkan giginya dicuci.

Tip membersihkan gigi sibulus
+ Lakukan proses membersihkan gigi sibulus di tempat 'lepak' kegemaran mereka.
+ Beri si bulus rasa ubat gigi yang akan digunakan untuk menarik minat mereka.
+ Berus gigi dan gusi si bulus dengan lembut.
+ Semasa memberus gigi si bulus, pastikan bahagian geraham belakang atas gigi taring dibersihkan dengan betul, kerana gigi ini cenderung untuk membentuk tartar dengan cepat.



FAKTA KUCING - 6 Tanda Kucing Mencintai Anda

Kucing menunjukkan kasih sayangnya kepada cat lover dalam berbagai cara. Bisa dengan cara yang mudah dimengerti manusia atau dengan isyarat. Mereka memiliki bahasa tubuh tertentu yang memberitahukan kepada Anda bagaimana perasaan mereka


1. Grooming/menjilati tubuh
Kucing menghabiskan banyak waktu menjaga kebersihan dengan menjilati tubuhnya. Namun tidak selalu hanya tubuh dia sendiri. Seringkali  dia menjilati tubuh temannya atau bahkan Anda! Nah, ketika kucing menjilati Anda itu artinya dia mencintai Anda.
  1. Mata berkedip lambat
Pernah melihat kucing Anda menatap dengan mata nanar dan kemudian berkedip perlahan? Itu adalah isyarat yang hendak dia sampaikan kalau dia menyayangi Anda. Banyak orang yang tidak menyadari hal ini.
  1. Menyeruduk dan menggosokkan kepala
Anda sering melihat kucing berusaha untuk menyeruduk dan menggosokkan kepalanya ke badan atau wajah Anda? Ini andalah tanda cinta yang nyata. Wajah kucing memiliki feromon dan jika digosokkan ke badan Anda menandakan kucing merasa nyaman berada disekitar Anda.
  1. Suka mengikuti Anda
Anda barangkali sering kesal dengan perilakunya mengikuti kemanapun Anda bergerak. Bahkan ke kamar mandi pun dia ikut! Ketahuilah kucing sedang menunjukkan rasa sayangnya dengan cara yang barangkali bagi cat lover itu agak menjengkelkan.
  1. Membawakan hadiah
Apakah cat lover sering kaget saat tiba-tiba kucing kesayangan membawa bangkai tikus, kadal, cicak atau ular? Tunggu, jangan terburu-buru memarahinya. Kucing justru menganggap barang yang dia bawa itu sangat berharga. Dia membawakan Anda hadiah istimewa
  1. Memasrahkan perutnya
Seekor kucing yang berguling dan menunjukkan perutnya menunjukkan mereka percaya pada Anda. Di alam liar kucing tidak akan pernah melakukan hal itu karena akan mudah diserang. Jika kucing Anda melakukan hal ini artinya dia hendak menunjukkan kepada Anda bahwa Anda penting baginya.
Masih ada banyak tanda cinta kucing yang lain. Setiap kucing bisa jadi berbeda dan akan menujukkannya dengan caranya sendiri. Yang pasti, cinta yang tulus bisa dirasakan tanpa perlu banyak bukti. Melooove!


8Gambar&Video: Honey Bee Kucing Buta yang Suka Mengembara

Jika sebelum ini, kami pernah menyiarkan seekor kucing yang membantu seorang kanak-kanak autisme, kali  ini kami akan memaparkan pula sebuah kisah berserta gambar seekor kucing yang buta tetapi suka menggembara.


Honey Bee merupakan seekor kucing yang diselamatkan di Fiji oleh pusat jagaan haiwan animalsfiji.org. Setelah diselamatkan oleh pusat jagaan tersebut, Honey Bee telah dibawa ke Seattle oleh tuan barunya untuk tinggal bersama.

Menurut tuannya, walaupun Honey Bee tidak sempurna, dia lebih menggemari atmosfera di luar rumah. Honey Bee dikatakan suka menghabiskan masa menggembara di sekitar gunung mengelilingi kota.









Kucing ini keliling dunia bersama pemiliknya yang seorang Backpacker

Nama kucing ini adalah Kitty. Dia ditemukan oleh pasangan Perancis yang tengah melakukan perjalanan berkeliling dunia dengan berjalan kaki. Kucing manis tersebut menghabiskan banyak hari-harinya di atas pundak pemiliknya selama perjalanan berkeliling dunia.
Kitty pertama kali ditemukan oleh pasangan Perancis tersebut di sebuah jalan raya di Louisiana. Anak kucing betina yang ditinggal sendirian oleh induknya tersebut masih begitu kecil pada waktu itu. Pada awalnya mereka mencari siapa pemilik dari kucing tersebut. Namun karena tidak ketemu-ketemu juga, anak kucing tersebut akhirnya mereka adopsi, karena sebenarnya mereka juga merasa jatuh cinta kepada Kitty. Mereka pun akhirnya memeriksakannya ke dokter hewan terdekat.
Kitty pun akhirnya menjadi anggota ketiga dari kelompok backpacker Perancis yang berjalan kaki keliling dunia tersebut. Padahal pasangan backpacker tersebut hanya menyiapkan dana sekitar $2000 untuk tiap tahunnya yang mereka rencanakan akan berjalan selama 3 tahun. Namun mereka tetap memutuskan untuk merawat Kitty, yang artinya dana mereka akan berkurang juga.
Kitty pun terus tumbuh selama perjalanan. Dia tumbuh menjadi kucing yang berani, dan manis, serta tidak malu-malu ketika bertemu dengan orang asing. Dan dia pun menjadi kucing pertama di dunia yang sudah menempuh perjalanan mengelilingi dunia dengan jalan kaki. Dan mungkin saat ini mereka sudah berhasil menyelesaikan perjalanan keliling dunianya.
Pasangan Perancis dan kucingnya tersebutpun mengundang banyak perhatian di tempat-tempat yang mereka singgahi. Tak sedikit media lokal yang memasukkan mereka ke dalam berita mereka. Dan Kitty pun tidak malu-malu ketika ada kamera yang membidiknya.
Sayangnya saya tidak tahu siapa nama dari pasangan backpacker tersebut. Namun anda bisa mengikuti perjalanan mereka mengelilingi dunia bersama seekor kucing melalui akun facebook mereka Kitty turnoftheworld. Di laman tersebut, anda akan menemukan foto-foto dan video-video mereka selama perjalanan mengelilingi dunia.