11 Mei 2017.
-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-
-Kisah Cinta Kucing Kepada Tuannya-
10 Mei 2017, genap 2 minggu pemergian tuannya (sahabatnya). Dari seekor kucing yang gebu, manja dan menyit, kini menjadi sekurus-kurus kucing. Makan pun tak mahu, hanya duduk termenung menanti kepulangan sahabatnya yang telah kembali kerahmatullah.
9 Mei 2017, ketika aku solat maghrib bersama isteri tersayang, surah lazim aku baca ayat Qursi seperti mana sahabatnya amalkan. Dari atas katil ku tanpa bermaya dia turun ke kaki ku. Tanpa menahan sebak airmata aku menitis ketika solat. Ternyata ia amat merindui suara tuannya. Seusai solat. Aku berkata dengannya, "abang rindu atok ya, abang rindu suara atokkan. Esok cik boy bawa pergi jumpa atok kat kubur ya". Hampir dua minggu ia diam. Dengan kuasa Allah abang pun bersuara meow dua kali". Air mata aku usah cakap, bercucuran jatuh.
Pada 10 Mei semalam, kakak dan aku bawa ia ke kubur sahabatnya, iaitu ayahanda ku. Satu keajaiban dalam hidupku, ia berjalan dengan tenaga yang ada menuju sendiri ke pusara sahabatnya. Ya Allah, sungguh menakjubkan kuasa Allah, walhal bukan dia tahu tu kubur tuannya, tapi dia tahu itulah pusara sahabat baik teman semakan dan ibadah. Cinta mereka berdua amat kuat. Abang siap baring dan mencium puara sahabatnya. Lama juga dia melepaskan rindu. Nampak gembira dari air mukanya. Allahurobbi.
Tapi kuasa Allah menentukan qada dan qadar. Malam tadi 10 Mei 2017, abang kembali menghadap penciptanya. Pada hari Rabu yang sama hari sahabatnya meninggal, dan genap dua minggu tarikh arwah sahabatnya meninggal. Sambil ku melihat airmata abg meleleh membasahi alur hidungnya. Kini kucing yang berkongsi makan bersama, bersembang bersama dengan tuannya, dan menemani tuannya bersolat dan berwirid telah tiada. Mungkin ini janji mereka berdua yang Allah makburkan. Tenanglah kau disana Abang bersama atok.
Nanti kat sana 'abang cakap dengan Allah, atok jaga abang dan sayang adik adik abang. Pimpin tangan atok masuk syurga ya bangðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜'.
Kucing bernama 'Abang'.
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Sahabat, atok iaitu ayahandaku.
ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜ðŸ˜
Al Fatihah.
Cc: azreen mj
Ya Allah,sebak hati ku baca kisah kucing cipta Allah niðŸ˜ðŸ˜
ReplyDeleteMenitis air mataku
ReplyDeleteaku dah cakap kat kucing aku....kalau aku mati dulu....terus jer lah hidup macam biasa,,,,,,
ReplyDelete