Kucing adalah haiwan yang pembersih. Tentu sekali anda pernah lihat kucing anda menjilat bulu mereka setiap hari. Seperti yang anda ketahui, kucing mempunyai lidah seperti sikat yang halus, jika kucing menjilat bulu mereka, bulu-bulu yang tertanggal akan tersangkut pada lidah kucing dan akan terus ditelan.
Bulu yang terus ditelan tersebut tidak akan dicerna atau dihadam oleh perut kucing, jadi saban hari bulu tersebut menjadi gumpalan ataupun lebih dikenali sebagai "hairball".
Gumpalan bulu yang tidak dibuang, boleh menyebabkan kucing kurus, hilang selera makan, tidak aktif dan lain-lain. Gumpalan tersebut boleh tersumbat di dalam usus dan juga kolon jika tidak dirawat dengan segera.
-- Bagaimana cara untuk mengeluarkan gumpalan bulu tersebut? --
Jangan risau, kucing semestinya tahu bagaimana untuk mengeluarkan gumpalan tersebut secara semulajadi. Mengikut pemerhatian di seluruh dunia, kucing akan memilih Rumput sebagai ejen untuk memuntahkan gumpalan bulu tersebut.
Ya! ,memuntahkan semula adalah satu-satunya cara untuk mengawal atau membuang gumpalan tersebut. Kucing akan makan rumput dan akan memuntahkan gumpalan bulu bersama-sama rumput yang dimakan.
Oleh kerana sesetengah pemilik kucing hanya bela kucing dalam rumah, jadi sesetengah pemilik kucing tidak tahu yang kucing sebenarnya perlukan rumput. Sebab itu kadang-kadang kucing di luar rumah lagi ceria dari kucing di dalam rumah!
Kalau kucing anda makan sesuatu yang bukan makanan ruji, seperti kertas, sayur, plastik, bunga plastik, serai dan salad itu sebenarnya adalah simptom kucing anda terdesak untuk keluarkan hairball tersebut. Awas kerana barangan / tumbuhan tersebut mungkin membuatkan kucing anda tercekik atau keadaan menjadi lebih teruk.
TETAPI, jika anda secara tiba-tiba hendak dapatkan rumput untuk kucing anda, berhati-hati dengan rumput di luar rumah, kerana mungkin telah diracun dengan racun rumpai ataupun mempunyai fungus/kulat yang mungkin menjangkiti kucing anda.
Terdapat banyak kes yang menyedihkan mengatakan kucing mereka mati akibat diracun orang, kepada yang terlibat, kami meminta maaf atas apa yang terjadi kepada kucing anda, tetapi mungkin anda perlu berfikir dua tiga kali kenapa kucing anda seakan diracun orang. Mungkin kerana racun rumpai yang tidak disengajakan ataupun pokok/rumput yang beracun. Jadi, berhati-hati.
0 ulasan:
Post a Comment