Pemandulan, kembiri dan kasi membawa maksud yang sama iaitu menghilangkan keupayaan seseekor haiwan untuk mengawan atau beranak pinak. Ada banyak cara boleh dilakukan bergantung kepada jantina. Perlu ke kita mandulkan kucing kita? Ini semua bergantung kepada keadaan.
Sekiranya kucing betina kita asik beranak yo kojo, kucing jantan asik merayau melalak dan memancut-mancutkan kencing yang 'harum semerbak' tak kira tempat, asik kena langgar (sebab sibuk cari betina...), asik 'merempit' dalam kampung...erkk! , maka di saat itu kita perlu pertimbangkan untuk memandulkan kucing kesayangan kita. Soalan yang selalu berkumandang atau bermain di fikiran ialah boleh ke atau apa hukumnya dalam agama? Hehehe..dah ada pun pasal hukum nih dalam posting aku sebelum ni. Boleh la baca pelan2 ye...
Terminologi pemandulan (neuter) haiwan :
1. 'Castration' / 'castrate' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing jantan.
2. 'Spaying'/ 'spay' - term yang biasa digunakan merujuk kepada pemandulan kucing betina.
Prosedur dan kaedah operasi untuk pemandulan akan aku bagitau dalam posting yang akan datang...tunggu yo baiiii!
Kebaikan pemandulan :
1. kurang merayau atau bersosial
Kucing jantan tak sibuk cari betina dan si betina pun tak ler sibuk memanggil-manggil si jantan. Pada sesetengah individu mungkin ada sedikit perubahan daripada segi perlakuan. Daripada agresif, mungkin menjadi lebih manja. Tidak dinafikan ada juga individu yang bertambah garang.
2. Tidak beranak
Khas untuk kucing betina. Takde ler dia asik beranak jek. Tuan punya kucing tak ler bertukar status daripada pemelihara kepada penternak kucing la pulak...heheheh. Senang nak uruskan kucing dalam kuantiti yang dapat kita kawal. Kalau banyak sangat kucing nanti jiran pun boleh marah. Dah banyak anak kucing, mula ler dok buang sana, buang sini...sampai depan klinik aku pun orang buang kucing...adoyaiii...
3. Kucing anda bertambah sihat
Yup...kucing korang akan bertambah sihat. Takde la calar balar bergaduh, kena langgar kereta masa tengah carik betina, takde dapat penyakit berjangkit, kurap pun tak kena dan banyak lagi faedahnya daripada segi kesihatan.
Keburukan pemandulan :
1. Tiada keturunan
Hehe..tak de la dapat baka berikutnya atau takde anak ler kucing tu. Kalau beli beribu hingget mak kucing tu, rugi gak kalau tak dapat anak sekor dua. Pilihan ditangan anda...
2. Penambahan berat badan
Dengan kurangnya aktiviti pengawanan dan 'merempit', kucing anda lebih banyak masa duduk dan bersenang-senang di rumah. Makan banyak, aktiviti kurang...maka kesannya akan naik berat badan. Kawal pemakanan kucing anda. Jangan sampai korang tak dapat bezakan mana satu kucing dan mana satu bantal di kemudian hari...kekekeke
Pada tahun lepas terdapat kira-kira 17 juta kucing dan anjing telah di terima di seluruh rumah perlindungan haiwan di seluruh dunia. Hanya kira-kira 10% sahaja diambil oleh keluarga angkat. Selebihnya terpaksa dimusnahkan. Perkara ini dapat dielakkan sekiranya kita mempunyai kesedaran dan tanggungjawab untuk mengembirikan haiwan peliharaan kita sekiranya diperlukan. Pilihan ditangan kita....buat pilihan yang bijak agar perkongsian hidup kita dengan mereka di bumi ini menjadi lebih bermakna.
Kucing sy lepas mandul, tak kira jantan @ betina masih lagi aktif berlari, memanjat, degil etc.. Selagi xlapar, memang xbalik rumah😓..
ReplyDeleteKucing sy lepas mandul, tak kira jantan @ betina masih lagi aktif berlari, memanjat, degil etc.. Selagi xlapar, memang xbalik rumah😓..
ReplyDelete