Saturday, May 27, 2017

Filled Under:

JOM SHARE !! TIPS MUDAH UNTUK MENGATASI MASALAH KUCING KENCING MERATA – RATA

Mesti stress teramat apabila simanja membuang merata rata, dan pancut ikot suka kan... nak nagis ada dan ada juga sampai rasa nak buang kucing... relax nanti dulu.. anda boleh cuba petua ni ;-

1) Larutan cuka
Bancuh cuka dan air paip sama banyak (nisbah 50 : 50)dan masukkan ke dalam botol yang mempunyai muncung spray.Sembur laruta ke atas permukaan lantai. Jika kucing anda kencing di atas permaidani, larutkan dahulu air kecing itu dgn menyiram sedikit air ke atas air kencing tersebut , kemudian barulah dispray dgn larutan cuka tadi.
2) Pencuci enzim 
Enzim dalam serbuk/larutan pencuci jenis ini akan “memakan” kristal asid urik tersebut.Walau bagaimanapun, anda perlu mencucinya berkali-kali dan memerlukan kesabaran untuk memastikan ia berkesan. Kebanyakan pencuci ini boleh didapat di pasaraya2.
Masalah kencing merata-rata. Kenapa kucing sy bertindak sedemikian? 
1.Litter box sudah penuh/ terlalu kotor.Kucing adalah haiwan pembersih dan cerewet, jadi pastikan pasir kucing ditukar setiap hari.
2.Litter box telah dialihkan ke tempat baru. Kucing sangat cerewet tentang perubahan susun atur perabot dan barangan dlm rumah yang kadangkala boleh mengakibatkan stress.
3. Kucing baru dipindahkan ke rumah/tempat baru.
4. Ada kemasukan ahli keluarga baru ( kucing baru, ahli keluarga baru seperti bayi dan kanak2 kecil….kucing tau rasa cemburu!)
5.Marking behaviour – semasa musim mengawan, kucing jantan yang subur akan aktif mencari betina & menanda kawasan “jajahannya”(territory). Castration(pemandulan kucing jantan) akan dpt menyelesaikan masalah ini.)
6.Masalah kesihatan seperti jangkitan pundi kencing, batu karang, sakit buah pinggang atau radang pundi kencing.Sila bawa kepada vet anda jika perkara2 di atas tidak dapat menyelesaikan masalah inI.




0 ulasan:

Post a Comment