Monday, May 29, 2017

Filled Under:

TIPS JAGA ANAK KUCING TANPA IBU

 tips jaga anak kucing tanpa ibu ini mungkin boleh digunapakai untuk menyelesaikan masalah penjagaan anak kucing kecil tanpa ibu.
Tips Jaga Anak Kucing Tanpa Ibu
Berikan susu khas yang dirumus untuk kucing
  • Susu ini boleh diperoleh dari klinik veterinar dengan pelbagai jenama. Botol susu perlu digunakan kerana anak kucing yang baru berusia beberapa minggu belum tahu menjilat jika susu disediakan dalam piring atau bekas leper yang lain. Perlu diingat, botol yang dipilih juga mestilah bersesuaian saiz isipadu dan  putingnya.
  • Susu mesti dalam keadaan suam-suam kuku, sama seperti penyusuan bayi manusia.
  • Jika sukar menggunakan botol, kaedah picagari boleh digunakan
Anak kucing tanpa ibu yang berusia di bawah 4 minggu perlu dirangsang atau dibantu sistem perkumuhannya.
  • Maksudnya di sini , penjaga perlu merangsang perkumuhan mereka dengan menggunakan kain lembut atau putik kapas yang suam dan basah. Caranya adalah dengan memusingkan badan anak kucing secara lembut dan gosokkan putik kapas atau kain lembap tadi  pada kemaluannya agar air kencing atau najis keluar.  Setelah selesai merangsang perkumuhannya, anda perlu membersihkan bahagian dubur atau kemaluannya kerana jika dibiarkan begitu sahaja, ia akan menjadi punca kepada masalah lain seperti jangkitan kuman pada bahagian tersebut.Langkah ini perlu dilakukan setiap kali selepas anda menyusukan kucing. Mengapa agaknya ia perlu dirangsang ? Ini kerana anak kucing di bawah usia 4 minggu tidak memiliki keupayaan mengawal perkumuhan mereka sendiri. Sebaliknya ia 100 % dibantu atau dilakukan oleh ibunya. Justeru apabila anda  mengambil keputusan untuk memiliki anak kucing tanpa ibu, anda harus bersedia melakukan semua tugasan ini untuk memastikan kesihatan si comel berada pada tahap maksimum .
Hangatkan badannya dengan pad pemanas atau botol mengandungi air yang agak panas untuk membantu anak kucing tanpa ibu ini mengekalkan suhu badannya.
  • Perlu diingat, jika anda menggunakan pad pemanas, tetapkan suhunya pada kadar sederhana sahaja agar ia tidak membahayakan anak kucing. Begitu juga dengan botol air panas, anda perlu membalutnya atau melapiknya dengan tuala atau kain tebal .
  • Langkah ini perlu kerana anak kucing yang kecil tidak mengandungi lemak pada badannya untuk mengekalkan suhu tubuhnya sendiri. Ia hanya bergantung kepada belaian  tubuh dan bulu  ibunya sahaja untuk menghangatkannya.
Alas kotak anak kucing dengan kain dan letakkannya jauh dari kawasan yang berhabuk, kawasan yang mudah terkena tempias hujan atau kawasan yang terlalu dekat dengan dedahan kepanasan cahaya matahari.
Selepas berusia 4 minggu ke atas, anak kucing tanpa ibu  boleh mula diberi makanan pejal seperti anak-anak kucing yang lain.
  • Makanan pejal yang sebaiknya adalah makanan pejal yang dirumus untuk anak kucing berusia 4 minggu dan ke atas.
Pada usia ini, anda juga digalakkan untuk mula mengajar anak kucing untuk menggunakan litter box (kotak najis )
Demikianlah serba sedikit perkongsian tentang tips menjaga anak kucing tanpa ibu yang hendak dikongsikan dengan anda. Untuk mendapatkan lebih banyak tips berkaitan penjagaan kucing




0 ulasan:

Post a Comment