Seringkali kita berpendapat kucing adalah haiwan yang manja... Ya benar kucing adalah haiwan yang manja sekiranya mereka percaya pada kita dan sudah biasa dengan persekitaran selamat.
Kucing liar adalah kucing yang sejak azalinya lagi dilahirkan bebas dan tidak memilikkan hubungan langsung dengan manusia. Kucing yang pernah dipelihara dan sekarang hidup bersendirian tidak dipanggail sesat. Kucing liar digambarkan sebagai penakut; apabila didekati dia lari dan jika diserang mungkin akan bertindak balas. Seiring dengan peredaran masa, kucing liar sebenarnya boleh dijinakkan dan akhirnya dipelihara seperti haiwan peliharaan. Namun, ada juga sebahagian kucing yang lain akan terus menunjukkan sikap dan perilaku penakut sepanjang hidupnya.
Berikut terdapat 7 kaedah untuk menjinakkan kucing yang liar atau penakut.
1. Fahami psikologi kucing yang penakut. Kucing biasanya menunjukkan kelakuan penakut kerana pelbagai alasan dan mungkin kerana ia kucing liar atau mungkin tidak. Adalah sangat mustahil untuk mengetahui sejarah kucing yang penakut ini. Semua kucing penakut harus didekati dengan cara yang sama namun tidak mustahil jika kita bersabar dan juga bergantung kepada pengalaman yang kita ada.
a. Kucing jinak yang sesat mungkin menjadi penakut. Kucing seperti ini seringkali mudah dan lebih cepat dijinakkan berbanding kucing yang liar.
b. Kucing liar yang memang langsung tidak mengenali manusia. Adalah amat penting untuk mendekatinya secara tidak menakut-nakutkannya. Jangan berusaha untuk menangkapnya atau menakutkannya kerana dikhuatiri akan bertambah trauma terhadap manusia.
c. Kucing yang paling sukar dijinakkan adalah kucing yang memiliki pengalaman negatif dengan manusia samada kucing itu liar atau jinak. Kucing ini bukan sahaja sukar untuk dijinakkan malah dibelai, namun sebenarnya masih boleh dijinakkan.
d. Anak kucing atau kucing kecil sangat mudah dijinakkan. Waktu yang sesuai dibela dan dijinakkan adalah ketika ia berusia minima 6 (enam) minggu kecuali ada pertimbangan tertentu seperti ibunya hilang atau mati.
2. Kepercayaan adalah kunci menjinakkan kucing yang takut.
a. Jangan cuba mengejar, mengepung atau menangkap kucing yang ketakutan. Hal ini bukan sahaja membuatkan kucing itu akan menyerang, menggigit atau mencakar, malah usaha untuk menjinakkan ia pasti gagal dan sia-sia.
b. Seekor kucing dewasa memakan masa yang lama untuk dijinakka. Tetapi, seekor anak kucing yang dibawa ketika berusia 5 (lima) minggu mampu dijinakkan dalam tempoh 1 (satu) atau 2 (dua) hari, hanya dengan membelainya selama beberapa jam setiap hari. Namun kucing yang berusia 1 (satu) tahun memerlukan waktu berminggu-minggu untuk dibelai atau dijinakkan.
c. Jangan terburu-buru. Pastikan anda konsisten supaya matlamat untuk menjinakkannya tercapai. Jika anda berniat untuk mendekati dan membelainya untuk seketika maka perbuatan anda itu adalah sia-sia.
3. Perbanyakkan ‘Berkomunikasi’ Dengan Kucing Liar
a. Ketika anda ternampak kelibat seekor kucing, buatlah bunyi ‘meow’. Jika ia respon dengan pantas maka kucing itu jinak. Jika sebaliknya, bermakna ia kucing liar. Berjongkok dengan jarak yang tertentu serta tidak bersikap kasar.
b. Jangan berjalan atau menerkam terus. Ini pasti menyulitkan lagi keadaan. Kucing itu pasti lari lintang pukang walaupun anda melangkah perlahan ke arahnya. Biarkan anda dengannya pada jarak yang tertentu. Bukan anda yang menentukan, tetapi kucing tersebut yang menentukan batasannya. Lama kelamaan ia akan jinak dengan anda.
c. Sekiranya anda adalah tempat ia mendapatkan makanan setiap hari, maka lakukan dengan elok-elok. Kerana kucing seperti ini sedang membiasakan dan perlahan-lahan mulai mempercayai anda. Percayalah, jika ia percaya dengan anda, ia akan makan depan anda.
4. Berilah makan kepadanya di dalam kandang, biarkan pintu kandang terbuka agar ia tidak takut dengan kandang.
5. Biarkan kucing itu mencium bau anda sebelum anda cuba membelainya.Cuba anda biasakan diri dengan membiarkan kucing itu mencium bau barang-barang anda seperti topi, kacamata atau dompet. Sekiranya anda ada tongkat, biasakan kucing itu mencium bau tongkat pada bahagian yang anda pegang setiap hari.
a. Jika kucing selesa dibelai, anda mampu mengetahui bahasa tubuhnya. Jika ia tidak menjauh, beri sedikit usapan pada ekornya, bersantailah dan turunkan tangan anda perlahan-lahan. Jangan angkat tangan dibimbangi kucing ingat anda ingin pukulnya. Jangan usap kepalanya untuk menghindari cakaran atau digigit. Waktu yang sesuai mengusap kepalanya adalah ketika ia sedang makan. Bergerak perlahan-lahan, jika ia berhenti makan dan menjauh, maka turunkan tangan anda dan cuba hari lain.
b. Ketika ia sudah selesa, maka bawalah ia pulang. Sediakan makanan dan letakkan makanan di dalam kandang. Pujuklah ia dan biarkan dia masuk dengan sendiri.
c. Sesetengah kucing, khususnya yang masih trauma, sukar untuk dipujuk walaupun telah melalui pelbagai langkah. Kucing-kucing ini mungkin sangat sukar dipujuk dan dijinakkan. Jika anda membawa pulang kucing seperti ini ke rumah, berikan ia banyak ruang. Lama-kelamaan kucing akan bersikap akrab dan bersedia untuk berinteraksi dengan anda.
6. Menangkap seekor kucing dan menjinakkannya di dalam rumah (tidak digalakkan).
a. Jika anda beranggapan sekiranya membela di dalam rumah dengan tujuan untuk mengelakkan ia daripada kucing liar sebenarnya anda silap. Ini membuatkan kucing anda lebih tertekan dan takut serta boleh mengakibatkan perkara yang tidak baik.
b. Jangan menangkap kucing yang takut dengan mengejar, mengepung atau menyambarnya. Kaedah ini berbahaya dan boleh mengakitbatkan kucing itu lebih takut dari biasa. Kemungkinan besar anda bakal dicakar atau digigit jika tindakan tersebut dilakukan secara tiba-tiba.
c. Gunakan perangkap yang tidak membahayakan kucing liar. Kebiasaannya ia boleh didapati secara online atau didapati dari organisasi penyelamat haiwan. Sediakan makanan yang beraroma yang mampu menarik perhatian kucing liar masuk ke perangkap tersebut.
d. Atau anda mungkin boleh menggunakan tali khusus untuk menarik sesuatu dan ia tidak diikat, penahan pintu automatik, tali atau per-elastik pada kandang agar tertutup secara automatik dan menjaga pintu kandang-tetap-tertutup ketika anda menarik talinya. Elakkan mengguna jerangkap samar.
e. Sediakan makanan kepada kucing itu di dalam kandang tersebut. Undur perlahan beberapa langkah dan pastikan anda berjongkok. Jika anda berdiri, kucing akan melihat anda tinggi daripadanya dan akan dianggap ancaman.
f. Berilah alas atau selimut pada kandang. Tunggu seketika (10-15 minit) agar kucing tenang. Kaedah ini membuatkan kucing anda tenang dan tenteram.
g. Wujudkan ruang yang tenang. Sebaik-baiknya ruang tersebut haruslah cukup terbuka sehingga kucing bebas untuk berlari.
h. Berilah ruangan yang lapang dan luas agar kucing dapat berlari daripada bersembunyi. Jika kucing anda bersembunyi, maka jangan dekatinya. Ketika kucing bersembunyi, ia berasa cemas dan tidak ingin ditemukan. Biarkan ia keluar ketika sudah berasa selamat.
i. Jinakkan kucing dengan cara yang sama seperti meninggalkan kucing di luar rumah. Bawakan makanan dan berjongkok atau berbaringlah di lantai (bersila pun boleh) ketika kucing anda sedang makan sehingga ia berasa selesa dan selamat untuk mendekati anda.
7. Menjadikan kucing sebagai sebahagian ahli keluarga anda.
a. Lakukan sterilisasi/neutralisasi dan vaksinasi pada kucing. Jika anda sudah memiliki kucing, anda harus melakukannya sebelum membawa kucing lain ke rumah dan lakukan pemeriksaan penyaki Feline Leukimia Virus (FeLV), Feline Immunodeficiency Virus (FIV) dan cacing.
b. Pada awalnya, kucing mungkin tidak mahu menggunakan tempat buangan. Jika ia buang di tempat selain tempat buangan, elakkan memarahnya. Pindahkan tempat buang airnya ke dekat lokasi buang airnya. Jika kucing buang air, letakkan kotorannya di dalam tempat buang airnya. Kucing suka buang air di sudut-sudut atau dekat pintu. Inilah tempat-tempat yang bagus untuk meletakkan tempat buang air kucing. Anda mungkin perlu menempatkan beberapa tempat buang air di rumah.
c. Jika kucing masih bersikap sangat defensif, berikan ruang untuknya terlebih dahulu, di mana ia suka bersendirian sepanjang hari. Berikan makan dengan jadual yang teratur dan luangkan masa bersamanya ketika ia sedang makan. Duduklah lebih dekat dengan kucing hingga ia ingin dibelai.
d. Kucing liar suka bersembunyi, namun hal ini sering membuatnya semakin defensif. Langkah yang paling baik adalah tidak memberikan tempat persembunyian untuk kucing liar. Ruang yang ideal untuk menjinakkan kucing harus terbuka dan memiliki banyak ruang agar kucing dapat berlari, jadi kucing tidak berasa terkongkong dan boleh bebas berlari jika berasa tidak selamat.
Akhir kata, berhati-hatilah ketika menangkap kucing liar. Bertindak dengan bijak. Sediakan peralatan yang selamat dan seelok-eloknya pakailah sarung tangan yang jenis kain. Dapatkan bantuan orang yang lebih tahu tentang kucing liar atau orang dewasa yang lain. Selamat Mencuba.
0 ulasan:
Post a Comment