Friday, May 26, 2017

Filled Under:

Tentang Sporo Yang Kita Patut Tahu

1) Kuman Sporo terdapat pada tanah. Maka, dalam situasi 
negara membangun, di mana tanah dikorek sana dan sini, 
jumlahnya adalah lebih banyak.

2) Kucing paling mudah dijangkiti kuman Sporo apabila mereka 
mempunyai luka di kulit.

3) Kucing juga boleh dijangkiti Sporo melalui organ pernafasan 
mereka juga, terutama hidung dan peparu.

4) Luka kucing yang dijangkiti Sporo tidak akan sembuh dengan 
hanya diberikan antibiotik.

5) Luka kucing yang dijangkiti Sporo boleh merebak ke seluruh 
badan melalui saluran limfa.

6) Ubat antifungus yang boleh membunuh Sporo
boleh menyebabkan kerosakan dan kegagalan fungsi hati.

7) Rawatan antifungus Sporo mestilah diberikan bersama suplemen 
untuk melindungi hati, bagi mengelakkan kerosakan hati sepanjang 
tempoh rawatan. 

8) Sporo boleh menjangkiti manusia, dan manusia boleh mati 
akibat jangkitan ini.

9) Rawatan Sporo mengambil masa minima 3 bulan, jika dengan 
hanya pemberian antifungus sahaja.

10) Kucing yang mengalami jangkitan AIDS kucing dan virus Leukimia 
adalah sukar untuk sembuh dengan baik dari Sporo, walaupun dengan 
rawatan intensif.

11) Kucing yang mengalami masalah kencing manis juga mempunyai 
kadar pemulihan dari Sporo yang sangat lambat.

12) Seekor kucing yang dijangkiti Sporo mampu menjangkitan puluhan 
ekor kucing yang berada di sekelilingnya.

13) Manusia boleh dijangkiti Sporo dari kucing yang dijangkiti, 
dengan hanya satu cakaran sahaja.

14) Surgeri pemulihan Sporo adalah rawatan alternatif 
kepada Sporo, selain hanya memberikan antifungal. Dan sekaligus 
mempercepatkan kadar penyembuhan.

15) Rawatan antifungal kucing Sporo adalah lebih berkesan jika 
kucing turut diberikan suplemen Omega 3 dan Omega 6.

16) Rawatan kucing Sporo memakan belanja yang tinggi. Ini belum 
lagi termasuk kos diagnosa.

17) Kucing Sporo mesti diasingkan dari kucing sihat yang lain 
sepanjang rawatan dijalankan.




0 ulasan:

Post a Comment