Friday, May 26, 2017

Filled Under:

Rawatan Kes Sporo Kepada Kucing


Rawatan Tahap Awal Sporo
  1. Jika ada luka yang kecil, cuci luka dengan dettol atau iodin
  2. Sapu krim luka (boleh beli di klinik veterinar atau petshop
  3. Digalakkan beli wound spray (selalunya berwarna biru atau hijau) untuk mengelakkan lalat
  4. Jangan sesekali membalut luka 
  5. Berikan antibiotik (boleh dapatkan di klinik veterinar, ada juga klinik yang tidak menjual antibiotik tanpa membawa kucing, jadi gantikan dengan multivitamin)
  6. Jika tidak baik dalam tempoh sehari 2 hari, jangan tunggu lagi, bawa sahaja ke klinik.
  7. Ataupun terus sahaja ke klinik setelah melihat luka.
Rawatan Tahap Sederhana Sporo
  1. Pastikan menggunakan sarung tangan
  2. Cuci luka dengan iodin
  3. Setelah itu, cuci dengan Hydrogen perixode( dijual di farmasi)
  4. Cuci dengan Pottasium ( cuba dapatkan di klinik veterinar kerajaan. Bagi klinik veterinar di Perak, stok pottasium selalunya ada)
  5. Lakukan dressing ini 2  kali sehari
  6. Berikan antibiotik ( tiada cadangan lain)
  7. Berikan ubat sporo yang mengandungi Hraconazole ( spronox caps) mengikut cadangan doktor vet ( ubat ini kosnya sangat mahal)
  8. Kucing di asingkan dengan kucing lain (kuarantinkan)
  9. Segala peralatan kucing berkenanan seperti sangkar atau tempat bekas makanan di cuci menggunakan dettol, lysol atau apa apa bahan distenfik.
  10. Buat ujian darah untuk pengesahan penyakit
Rawatan Tahap Kritikal Sporo
  1. Gunakan kaedah 1 - 9 Rawatan Tahap Sederhana
  2. Cuma lakukan dressing 3 - 4  kali sehari.
  3. Antibiotik dan ubat sporo tidak boleh skip sekurang kurangnya 6 bulan
  4. Jika keadaan lebih teruk, dan disahkan sporo melalui ujian darah, dinasihatkan untuk PTS untuk mengelakkan jangkitan kepada kucing yang lain
PTS adalah singaktan bagi Put To Sleep. Mungkin ada pencinta kucing atau haiwan akan marah bila di cadangkan untuk PTS, tapi ini adalah satu satunya cara dari merebak ke kucing yang lebih sihat. Jadi PENTING, di peringkat awal jangan ambik mudah atau "tak apa, sikit je". Kerana dengan sikap sebegitu, kucing anda mungkin berada dalam tahap kritikal. 




0 ulasan:

Post a Comment