Tuesday, May 16, 2017

Filled Under:

Tanda Dan Punca Cirit-Birit Kucing



menghadapi situasi kucing kesayangan lesu tidak lalu makan serta mengalami cirit birit serta lesu amatlah merisaukan pagi pencinta kucing. Cirit-birit ialah tahi yang tidak pejal dan lembap berair. Dalam kebanyakan kes, najisnya kelihatan banyak dan terdapat peningkatan pada aktiviti pergerakan usus perut.
Dalam bahasa mudahnya, anda akan melihat kucing anda membuang najis beberapa kali, dan kadangkala tidak tertahan dan melepaskannya di lantai, karpet atau riba anda.
Tahi kucing yang normal adalah pejal, lembap tetapi tidak berair, berbentuk silinder dan cembung pada hujungnya. Apabila makanan dihadam, usus kucing akan menyerap sekitar 80 peratus lembapan, kerana itu tahinya terbentuk dengan baik.
Apabila kucing mengalami cirit-birit, makanannya tidak dihadam dengan baik dan tiba pada hujung usus (rektum) dalam bentuk cairan. Inilah sebabnya kita melihat najis kucing yang cirit-birit berbentuk cair dan tidak pejal.
** Dikemaskini semula pada Mac 2016 mengikut peredaran masa **
Selain itu, cirit juga mengandungi sisa makanan yang tidak terhadam, misalnya anda memberinya ayam, anda boleh melihat sisa daging ayam pada najisnya dan kadangkala mengandungi lendir (mukus) pekat seperti hingus atau juga mengandungi darah.
Apa yang kita perlu faham ialah cirit-birit bukanlah penyakit, tetapi ia adalah tanda terhadap penyakit tertentu. Mengenali tanda dan puncanya amat berguna, sebelum kita melakukan rawatan untuk cirit-birit kucing.

1. Terlebih Makan

Biasanya inilah yang berlaku, samada anak kucing atau kucing dewasa.

2. Makanan Tidak Sesuai

Kadangkala makanan yang biasa bagi kucing lain tapi tidak sesuai pula untuk kucing kita. Contohnya ada kucing yang tidak boleh menerima makanan berasaskan makanan laut (ikan, sotong, udang). Kadangkala penukaran diet secara mendadak juga boleh menyebabkan cirit.

3. Susu Lembu Dan Produk Sampingan Susu

Kucing sukakan rasa susu lembu tetapi mereka kekurangan enzim laktase untuk menghadam laktosa yang terkandung di dalam susu lembu atau mana-mana produk berasaskan susu.

4. Keracunan

Puncanya daripada makanan tercemar. Makanan dalam tin atau kering juga boleh tercemar samada dari proses pembuatannya atau kita sendiri yang mendedahkannya kepada bahan pencemar.
Kucing dewasa jarang keracunan makanan kerana mereka lebih sensitif (tetapi tidak bagi anak kucing) namun toksik boleh masuk dalam badan ketika mereka menjilat bulu dan kaki mereka yang terkena toksik (seperti minyak, pencuci pinggan, sabun dsb). Toksik juga boleh menyebabkan muntah-muntah.
Ini biasa terjadi apabila anda membeli makanan kering pek besar, misalnya 10 kg, tetapi tidak menyimpannya dengan baik. Begitu jua dengan makanan basah bertin yang tidak ditutup rapat dan didedahkan pada suhu bilik.

5. Cacing

Samada anak kucing atau kucing dewasa, mereka boleh dijangkiti oleh cacing parasit. Kemungkinan ini lebih besar bagi anak kucing dan kucing yang di biarkan merayau di luar rumah.
Kehadiran lendir atau darah pada najis juga menunjukkan tanda-tanda masalah cacing. Kucing yang ada masalah cacing akan tidak berselera makan, cepat letih, badan menyusut, cirit-birit dan kadangkala muntah-muntah.
Setiap jenis cacing ada rawatan pencegahnya sendiri, dan untuk merawatnya perlulah di bawah kawal selia doktor.




0 ulasan:

Post a Comment