Thursday, May 11, 2017

Filled Under:

MENARIKNYA PULAU KUCING DI JEPUN



Kucing  menjadi pilihan ramai kerana rupanya yang comel, manja dan sangat bijak. Kucing juga adalah antara haiwan yang boleh menghilangkan stress manusia dan menenangkan hati manusia. Terbukti setelah banyak kajian yang telah dilakukan oleh pakar-pakar di seluruh dunia. Dengan gelajat dan telatahnya yang comel mampu mengukir senyuman pada setiap insan yang mendekatinya.Terapi yang sangat baik 

Sifatnya dan perangainya yang manja dan juga mudah bermesra dengan setiap orang menjadikan kucing merupakan haiwan yang paling popular disukai oleh manusia.

Sebuah kepulauan di Jepun terkenal dengan panggilan sebuah pulau kucing disebabkan populasi kucing lebih ramai dari manusia yang mendiami pulau tersebut. Pulau Aoshima merupakan pulau paling popular setelah beberapa kepingan gambar yang diviralkan oleh seorang pelancong yang berkunjung ke pulau tersebut.

Penduduk pulau itu sendiri berkata populasi kucing mula membiak secara tidak terkawal dan bilangan kucing semakin bertambah. Meskipun pulau ini tidak mempunyai sebarang restoran kedai atau kemudahan lain, namun pulau Aoshima tetap menjadi destinasi pelancongan bagi mereka yang pencinta kucing pasti akan membanjiri pulau Aoshima ini.













0 ulasan:

Post a Comment