Wednesday, May 10, 2017

Filled Under:

Fakta Kucing Yang Mungkin Kita Tidak Tahu


Mempunyai Haiwan peliharaan seperti kucing menjadi satu kemestian kepada pencinta kucing. Tapi sejauh mana anda mengenali kucing lebih mendalam... 

Nahh ini mungkin anda tidak tahu....

  1. Kucing menyimpan tenaga dengan tidur sehingga 13-14 jam sehari. 
  2. Kucing mempunyai deria penglihatan yang sangat tajam di waktu malam iaitu enam kali lebih bagus daripada penglihatan manusia.
  3. Jangka hayat seekor kucing mencecah sehingga 12-15 tahun.
  4. Kucing tiada deria rasa manis.
  5. Menurut kajian, pemilik kucing jarang diserang penyakit jantung atau strok.
  6. Kucing jantan akan menggunakan tangan kiri ataupun dipanggil kidal manakala betina lebih menggunakan tangan kanan ketika melakukan sesuatu.
  7. Kucing mampu mengeluarkan 100 jenis bunyi yang berbeza dan setiap satunya mempunyai maksud dan tujuan.
  8. Kucing kurang gemar bersosial seperti anjing, namun kucing lebih bijak menyelesaikan masalah sendiri contohnya cara untuk melepaskan diri dari dalam sangkar. Nakal!
  9. Kucing boleh melompat sehingga enam kali ketinggiannya.
  10. Kucing mempunyai deria pendengaran tiga kali lebih tajam berbanding manusia.
  11. Kucing membersihkan diri dengan menjilat badannya, juga untuk menghilangkan bau manusia yang memegangnya.
  12. Kajian menyatakan lelaki yang memiliki kucing mempunyai sifat manja dan sensitif seperti kucing. Lelaki yang memiliki kucing juga dikatakan romantik dan mempunyai hubungan cinta yang lebih baik.
  13. Kucing boleh melahirkan anak seekor hingga sembilan ekor. Namun rekod kucing pernah melahirkan 19 ekor anak.
  14. Jenis kucing paling mahal di dunia ialah ‘The Ashera’ yang mencecah ratusan ribu ringgit. Mempunyai rupa paras seakan seekor singa betina dan mempunyai jalur seperti harimau, namun saiz yang jauh lebih kecil.




0 ulasan:

Post a Comment