Agak geli-geleman untuk bercerita mengenai kutu yang bersusun ini. Tapi info ini saya perlu kongsikan bersama.
Saya rasakan kutu-kutu tidak menyerang kucing-kucing saya secara kronik. Saya selalu menyelak bulu-bulu mereka untuk memastikan tiada kutu yang berlari-lari anak mahu pun membuat larian 4x 400 meter di badan mereka. Ya! Tiada. Lulus.
Tetapi saya silap. Saya terlepas pandang di bahagian yang amat penting sekali. Mujur saya perasan walau agak lewat. Saya perhatikan kucing saya Dak Em, selalu menggaru kuat belakang telinga beliau. Saya sangkakan hanya gatal biasa. Satu hari saya terdetik untuk memeriksa.
Eh! Kenap kotor hujung cuping telinga kau ni Dak Em. Saya cuba kikis menggunakan kuku benda yang saya sangkakan 'daki' itu.
Ya Allah.
Saya telah mengikis puluhan kutu yang bertapa di cuping telinga beliau. Berderet bagaikan susunan manik di pergelangan tangan baju kurung!!
Saya menindas 4-5 ekor kutu sekaligus. Ada yang sudah jadi 'bapak' kutu bertukar warna menjadi cokelat pekat!!
Saya terus memeriksa ke semua cuping telinga kucing-kucing saya! Sah! Semuanya ada. Kutu Babi rakan-rakan saya gelarkan. Mereka mencengkam kuat di cuping telinga. Amat payah untuk kita tarik begitu saja.
Sila perhatikan kawasan yang di bulatkan pada kucing kamu. Bulatan merah, selak cuping yang berlapis. Periksa di dalamnya. Di bulatan kuning, periksa setiap hujung cuping telinga dengan teliti. Jika kamu nampak kesan hitam, jangan sangkakan itu daki. Telek dengan teliti.
Tidak mustahil itu adalah deretan kutu yang membuat 'kafe' di situ. Hinggap, mencengkam kuat kulit dan menghisap darah.
Sila periksa keadaan telinga kucing kamu seberapa segera ya?

0 ulasan:
Post a Comment