Thursday, May 25, 2017

Filled Under:

KENAL PASTI MASALAH CACING PADA KUCING KESAYANGAN ANDA

MASALAH kecacingan yang biasa dialami manusia juga boleh berlaku pada kucing kesayangan anda. Cacing kebiasannya adalah parasit dari persekitaran, ia tidak lahir semulajadi dari genetik kucing.
Majoriti kucing akan terkena jangkitan parasit ini malahan sebahagian pakar dan praktis dalam kalangan doktor perubatan veterinar tempatan juga akan mewajibkan ‘Deworming’ dari vaksin yang pertama untuk anak kucing dan menasihatkan penjaga kucing untuk mendapatkan rawatan cacing setiap tiga bulan.
Hal ini kerana ada kes kecacingan yang tidak menunjukkan tanda. Saiz telur cacing yang mikro menyebabkan jangkitan boleh berlaku walaupun persekitaran yang didiami kucing anda bersih.
Berikut adalah simptom kecacingan berlaku pada kucing anda.
  1. Cirit birit luar biasa bukan disebabkan makanan. Ini boleh diperhatikan sekiranya anda memberi makanan yang sama jenis dan amaun tetapi hanya satu atau dua dari kucing anda yang terjejas.
  2. Darah di tempat najis atau bahagian anus kucing. Melainkan kucing anda termakan objek asing, kebarangkalian tinggi adalah disebabkan kecacingan.
  3. Perut buncit yang ketara walaupun bahagian badan lain adalah kecil. Beza berbanding kucing yang gemuk sihat.
  4. Hilang berat badan dan menjadi tidak aktif. Seandainya tiba-tiba badan susut dan kucing menjadi lemah, kemungkinan terkena jangkitan dan pembiakan cacing di dalam usus sangat tinggi.
  5. Cacing jelas kelihatan di najis atau anus kucing.
Antara tanda sampingan yang kebiasaanya terlihat bukan pada organ penghadaman ialah kewujudan kelopak mata ketiga (Third Eyelids). Namun ia tidak semestinya jawapan kepada kes ini.
Disebabkan hal ini adalah hal kesihatah haiwan, sebaiknya kucing anda dibawa berjumpa dengan doktor perubatan veterinar kerana pemerhatian pakar adalah lebih wajar untuk mengetahui selok belok punca, jenis cacing dan penawar yang paling berkesan.
Terima kasih Osman Safee dari Pet V-Zone kerana berkongsi tips kucing. Jika ingin tahu lebih lanjut tentang kucing boleh ikuti Facebook Page Pet V-Zone dan di YouTube peTVzone media.




0 ulasan:

Post a Comment