Wednesday, May 24, 2017

Filled Under:

KEBAIKAN MEMBELA KUCING YANG RAMAI SUDAH TAHU...

Kucing adalah haiwan yang cukup comel dan paling bersih. Telatahnya yang nakal dan manja amat mencuit hati. Setiap rumah boleh dikatakan pasti ada kucing walaupun seekor. Dia datang.. Tidak lama pergi pasti berganti baru. Pelbagai jenis dan pelbagai warna..

Memelihara binatang ini sebenarnya banyak kelebihannya. Kajian dari universiti Columbia menunjukkan anak-anak yang menjadikan kucing sebagai binatang peliharaan memiliki tingkat kekebalan tubuh yang lebih tinggi. Ia juga....

1. Terapi Mental dan Emosi yang Baik


Memelihara binatang kesayangan seperti kucing merupakan satu terapi emosi yang sangat baik.

Saat anda duduk si kucing melompat ke riba minta diusap. Mahu tak tersenyum dibuatnya lalu lupa dengan kepenatan seharian.

Hanya 15 hingga 30 minit masa berkualiti yang diluangkan dengan kucing, anda telah berjaya mengurangkan tekanan saraf dan membaiki mood anda.

Ini kerana tubuh badan anda menghasilkan sejenis bahan kimia bernama serotonin yang membantu meningkatkan kesejahteraan diri.

Memelihara kucing dapat mendidik anak-anak untuk belajar empati, menghormati pendapat dan perasaan orang lain serta bertimbang rasa.

Anak-anak yang menjaga haiwan peliharaan dari kecil dilihat lebih berkeyakinan diri, pandai berkongsi dan bijak bekerjasama. Mereka dilihat mempunyai kemahiran berkomunikasi dan berinteraksi dengan orang lain selain memiliki tahap EQ yang tinggi berbanding kanak-kanak seusianya.

Selain itu, kucing juga merupakan haiwan yang boleh digunakan dalam merawat pesakit yang menghidapi trauma. Kanak-kanak autism juga didapati memberi respon yang positif dalam sesi terapi dengan kucing.


✔ Menjadikan mood anda dalam keadaan “cool” |
Kajian mendapati, mereka yang berada di dalam keadaan kemurungan mampu pulih dari keadaan itu apabila bercakap dan berinteraksi dengan kucing. Sebahagian besar pemilik kucing juga mengatakan kucing membuatkan mereka lebih relaks dan sentiasa berada dalam keadaan tenang.

✔ Mengurangkan tekanan perasaan (stress) dan rasa cemas |
Aktiviti membelai kucing dapat membantu menurunkan tekanan dan stress pada diri anda. Bayangkan pulang dari kerja sudah ada yang menanti di muka pintu sambil mengiau.


✔ Mengurangkan Kesepian |
Kucing adalah teman yang setia dan anda tidak akan merasa sunyi apabila melayan karenahnya.

2. Menjaga Kesihatan Fizikal

Tahukah anda bunyi dengkuran kucing dapat membantu memulihkan kecederaan tulang dan otot?

Hasil pemerhatian juga menunjukkan bahawa pesakit yang sentiasa berdampingan dengan kucing akan dibenarkan keluar lebih awal dari hospital, kurang temujanji dengan doktor dan kurang menghadapi risiko untuk mendapat serangan jantung atau strok.

Bagaimana ini boleh terjadi?

Aktiviti dengan kucing dapat merendahkan rembesan kimia bernama cortisol di dalam badan. Kadar cortisol yang tinggi akan meningkatkan tahap kolestrol dan tekanan darah.

Ini akan mengundang penyakit-penyakit yang berkaitan dengan kardiovaskular. Jadi penurunan kandungan bahan kimia cortisol di dalam badan akan meningkatkan tahap kesihatan apabila risiko terhadap penyakit-penyakit ini boleh dibendung.

Secara tidak langsung, keadaan dan fungsi badan dapat bekerja dengan optimum yang seterusnya membantu proses penyembuhan pesakit.

 Menurunkan risiko penyakit kardiovaskular dan serangan jantung |
    - Satu kajian yang dilakukan menunjukkan tingkat kematian pemilik kucing disebabkan oleh serangan jantung 40% lebih rendah dibandingkan mereka yang tidak memiliki kucing.

 Mengurangkan risiko Mendapat Stroke |
    - Menurut kajian yang dibentangkan pada Pertemuan Tahunan Asasi Strok Amerika tahun 2008, menunjukkan pemilik kucing berkemungkinan lebih kecil jumlah kematian kerana serangan jantung atau strok.


 Menurunkan Kolestrol |
    - Sebuah penelitian 2006 di Kanada menunjukkan bahawa memiliki kucing sebenarnya lebih berkesan dalam menurunkan kolestrol daripada memakan ubat-ubatan kimia.

 Meningkatkan fungsi sistem imun (Daya Tahan Penyakit) |
    - Hubungan antara kucing dan penjaganya dapat meningkatkan fungsi sistem ketahanan badan seseorang penjaga kucing.

 Mencegah Alergi |
    - Ada beberapa kajian yang membuktikan bayi baru lahir yang hidup dengan haiwan kesayangan dapat mengelakkan berlakunya alahan (alergi) padanya.

 Membantu mencegah asma pada anak |
    - Selain membantu mencegah alergi, ada beberapa bukti bahawa hidup dengan kucing juga boleh membantu mengelakkan risiko menghidap asma pada anak-anak. Ini kerana sentuhan antara anak anda dengan kucing dapat membantu mengatasi masalah pernafasan.

 Mengurangkan Tekanan Darah |
    - Menurut kajian di State University of New York di Buffalo, penjaga kucing lebih cenderung kepada tekanan darah lebih rendah daripada mereka yang tidak mempunyai haiwan peliharaan.

 Dapat membantu pesakit-pesakit Autis |
    - Memiliki kucing benar-benar membantu dalam kes penyakit ini. Satu kejadian yang berlaku di mana kucing telah berperanan dalam terapi untuk anak-anak autis yang mempunyai kesulitan berkomunikasi.


3. Saling Berkasih-sayang

Bagi mereka yang kurang kasih sayang, peliharalah kucing kerana kucing menyayangi tuannya tanpa syarat. Kucing juga mampu mendidik diri seseorang itu untuk lebih memiliki sifat berkasih sayang, baik kepada binatang mahupun manusia. Selain itu, kucing juga mempunyai deria bau yang sangat tajam. 

Jika terdapat sel-sel kanser dalam tubuh tuannya, si kucing akan cuba memberitahu tuannya itu agar membuat pemeriksaan di kawasan yang menjadi tumpuannya itu (isyarat secara bahasa kucing: mengiau, meminta perhatian dan sebagainya). Kes-kes seperti ini banyak dilaporkan oleh pertubuhan kesihatan di luar negara. Kucing juga akan pastikan rumah tuannya bersih dari haiwan perosak seperti serangga, cicak dan tikus.


4. Mendisiplinkan Diri & Membentuk Sifat Bertanggungjawab

Memelihara kucing perlu diberi makan dengan teratur, makan penjaganya pasti tahu bila dan berapa jumlah makanan yang perlu diberikan kepada kucing-kucingnya setiap hari. Hal itu akan menjadikan penjaganya lebih komited dan berdisiplin dalam kehidupan harian mereka. Tatkala kucingnya bersikap nakal dengan menganggu harta benda orang lain seperti mencuri ikan dan membuang najis di merata tempat akan menjadikan tuannya bertanggungjawab tahu menghormati hak jiran tetangga.

5. Membuang Sifat Pentingkan Diri Sendiri & Kedekut

Memelihara kucing juga dapat belajar untuk menjadi manusia. Sesiapa yang ada hati yang keras macam batu tu, saya sarankan peliharalah kucing. Sesiapa yang ada jiwa yang sangat kedekut bak Haji Bakhil tu, silalah pelihara kucing.

Komitmen terhadap kucing mengajar kita erti berkongsi. Rezeki yang Allah swt anugerahkan itu harus dikongsikan dengan yang lain.

Rezeki makan minum, rezeki kasih sayang dan rezeki tempat tinggal; kongsilah dengan niat bersedekah pada si comel.

Jadikan latihan setiap hari untuk bermurah hati kepada kucing. InsyaAllah lambat laun anda akan berjaya memiliki sifat bermurah hati kepada manusia juga.

6. Dimurahkan Rezeki & Mendapat Pahala

Apabila memelihara kucing diniatkan sebagai sedekah, maka kelebihan-kelebihan sedekah juga akan diterima oleh tuan kucing.

Antara ganjaran yang sering menjadi pendorong dalam bersedekah adalah janji Allah swt untuk melipatgandakan pulangan sedekah dengan rezeki yang melimpah-ruah.

7. Sunnah Rasulullah ﷺ & Sahabat

Kucing adalah haiwan kesayangan Nabi Muhammad ﷺ dan juga sahabatnya. Diceritakan dalam suatu kisah, Nabi Muhammad ﷺ memiliki seekor kucing yang diberi nama Mueeza.

Suatu ketika, dikala Rasulullah hendak mengambil jubahnya, di temuinya Mueeza sedang terlelap tidur dengan santai diatas jubahnya. Kerana tidak mahu mengganggu haiwan kesayangannya itu, nabi pun memotong belahan lengan yang ditiduri Mueeza dari jubahnya.

Ketika Rasulullahi kembali ke rumah, Muezza terbangun dan tunduk sujud kepada tuannya.Sebagai balasan, Rasulullah menyatakan kasih sayangnya dengan mengusap lembut ke badan kucing baginda itu sebanyak 3 kali.

Dalam peristiwa lain, setiap kali Rasulullah menerima tetamu di rumahnya, Rasulullah selalu menggendong mueeza dan diriba diatas pahanya. Salah satu sifat Mueeza yang Rasulullah sukai ialah dia selalu mengeong ketika mendengar azan, dan seolah-olah suaranya terdengar seperti mengikuti lantunan suara azan.

Kepada para sahabat, Rasulullah selalu berpesan untuk menyayangi kucing peliharaan, seperti menyayangi keluarga sendiri.

Hukuman bagi mereka yang menyakiti haiwan manja ini sangatlah berat, dalam sebuah hadis sahih Al Bukhari, dikisahkan tentang seorang wanita yang tidak pernah memberi makan kucingnya, dan tidak pula melepaskan kucingnya untuk mencari makan sendiri.

Rasulullah SAW pun menjelaskan bahawa hukuman bagi wanita ini adalah siksaan neraka. Tidak hanya Rasulullah, isteri nabi sendiri, Aisyah binti Abu Bakar Ash Siddiq pun amat menyukai kucing, dan merasa amat kehilangan dikala kucingnya mati 

Seorang sahabat yang juga ahli hadis, Abdurrahman bin Sakhr Al Azdi diberi jolokan Abu Hurairah (bapa kucing jantan), kerana kegemarannya dalam merawat dan memelihara banyak kucing jantan dirumahnya.







0 ulasan:

Post a Comment