Friday, June 2, 2017

Filled Under:

‘Takde Dah Kucing Yang Wajib Kejut Subuh’

Kucing merupakan salah satu haiwan yang sangat comel dan manja dengan manusia. Bagi pencinta kucing, kucing tu merupakan kawan baik, cinta hati, intan payung dan peneman mereka setiap hari. Kiranya kalau dapat bermanja pun dah cukup untuk hilangkan stress kerja dan sebagainya.
Kali ni kami nak kongsi kisah sedih seorang tuan bersama kucingnya yang mati akibat daripada kekejaman manusia. Korang baca la sendiri.. Kami baca pun naik sebak kami dibuatnya..

‘Aku tak boleh terima..’

Semalam pukul 2 pagi ada dengar bunyi anjing kuat gila. Terus cari ebi. Turun bawah, bukak gate, slow2 g tengok mmg ada benda terbaring atas tanah. Mintak2 bukan ebi, pejam mata slow2 jalan kearah benda tu. Dalam hati aku, tolong bukan ebi, tolong bukan ebi. Tapi aku silap, memang ebi. Aku hampir rebah. Kucing yg aku belai hari2 cium hari2 skrg depan mata aku berlumuran darah, badan dikoyak2, kepala aku xboleh fokus. Aku xboleh terima.

‘Takde dah kucing yang wajib kejut subuh..’

Aku sayang ebi lebih dari sekadar seekor kucing. Yang tau kisah kucing aku dgn aku saja yg akan faham. 7-8 ekor anjing dewasa serang dia, ebi belum cukup 1 tahun, dia manja terlampau walaupun dia nakal. Takde dah kucing yg wajib kejut subuh, yg mmg akan datang cium pipi sebagai terima kasih selepas makan walaupun lepas tu nak keluar rumah. I cant get over it. Aku masih xfaham dlm byk2 kucing liar, kenapa ebi yang kena benda ni. Patutlah 2-3 hari ni melampau manja dia.

Dia kucing kampung yang tak comel tapi…

Perangai dia one of a kind. Kucing yang bukan sekadar kau syg dia sbb dia comel. Dia kucing kampung yg xcomel mcm kucing org, ekor dia pun cacat, kucing yg ada perasaan rindu bila kena boarding 3 hari dkt klinik, kucing yang tahu merajuk kalau lebihkan yg lain, kucing yang mintak teman makan kalau tak memang dia takkan makan, yang pandai berterima kasih, yg pandai memujuk atau memanggil kalau dia dapat tangkap sesuatu, yang tahu kalau aku nak g kerja dia akan baring atas katil mengiau mintak belai, yang tunggu depan pintu everytime kereta aku masuk parking.

‘Dia bestfriend, dia family..’

Dia comel dalam kekurangan dia tu. Allah, imagine lah kucing yg teman hari hari hidup bujang, yg kongsi almost everything walaupun aku tau dia xfaham. Tapi skrg aku rasa dia faham. Sbb dia dah ada dalam hati aku. Yes, ebi tu kucing je tapi dia bukan sekadar kucing. Dia bestfriend, dia family. Hati aku hancur.




0 ulasan:

Post a Comment