Ramai yang berminat nak bela kucing, tapi ramai yang takut ianya akan merumitkan jadual harian masing2. Sebenarnya yang paling utama ialah minat kita pada kucing, kerana dari minat baru kita boleh menerima kucing2 tu sebagai sebahagian dari kita. Kucing ada kerenah masing2, ada masanya boleh menyebabkan kita stress, tapi jika kita meminati dan menyayangi kucing2 tu, stress tu akan hilang sendiri. Percaya atau tidak, kehadiran kucing2 yang kita bela dirumah kita sebenarnya satu bentuk terapi yang mengajar minda kita untuk bersabar, serta ianya membantu menghilangkan stress harian kita bila melihat telatah mereka.
Aku mula membela kucing dari kecil, masa tu aku tak tau pun apa2 tentang penjagaan kucing, jenis penyakit kucing, baka2 kucing..tapi itu tidak mendatangkan masalah. Kucing2 kampung juga sebenarnya cantik jika dijaga dengan betul, walaupun pada sesetengah peminat kucing mereka mementingkan baka dan sebagainya, pada aku semua kucing tu makhluk Allah SWT yang sangat cantik, tiada bezanya antara mereka. Dan sehingga sekarang ini aku tidak mementingkan baka, dan semua kucing2 yang aku bela tak pernah aku beli dikedai tetapi aku dapat dari kawan2 yang berkongsi minat yang sama secara percuma.
Disini aku kongsikan beberapa tips untuk sesiapa saja yang berniat ingin mengambil kucing untuk dipelihara buat pertama kali..
* DIMANA NAK KITA ADOPT KUCING2 NI? Terserah pada kita, samada kita cerewet memilih baka atau tidak. Kita boleh cari dikedai2 haiwan yang biasanya menjual baka2 tertentu dan agak mahal, atau pada kawan2 yang ada menjual baka2 yang mereka biakkan sendiri, atau dipusat penjagaan kucing secara percuma..atau dari kawan2 yang bermurah hati nak memberi kucing pada kita. Mengambil kucing dari pusat jagaan sebenarnya amat digalakkan, kerana ianya membantu mengurangkan jumlah kucing2 yang terbiar ditepi jalan.
BANYAK MANA NAK KITA AMBIL? Juga terserah pada diri kita sendiri, samada kita punya masa dan ruang untuk menguruskan kucing2 tersebut, juga bajet kita. Kalau kita ingin bermula dengan seekor tak menjadi masalah, jika kita boleh mengambil dua sekali itu pastinya lebih baik dan lebih menyeronokkan!
APA PERSEDIAAN AWAL KITA? Bila kita dah bersedia mentally dan membuat keputusan untuk memelihara kucing, ada beberapa perkara yang seeloknya kita sediakan. Yang paling penting ialah litter box, makanan, bekas makanan dan air, carrier bag (jika nak..tak nak pun tak apa, guna kotak untuk sementara waktu semasa dalam perjalanan pun boleh), dan jika kita nak sediakan collar, mainan, tempat tidur khas dll pun boleh, terpulang pada kita sendiri.
INDOOR ATAU OUTDOOR? Ini juga kerap menjadi persoalan setiap kali kita ingin memelihara kucing. Kebanyakan peminat kucing dari baka2 yang mahal akan menjadikan kucing mereka kucing indoor, satu kerana risiko untuk hilang amat tinggi (kerana kucing2 dari breed tertentu biasanya kurang lasak dan malas, cantik dan manja) dan keduanya untuk memastikan kesihatan kucing terjamin. Bagi kucing2 baka yang biasa kita boleh membiarkan mereka bebas bermain diluar rumah ie outdoor. Bagi anak2 kucing yang baru seeloknya kita latih dulu untuk menggunakan litter box dan kenal dengan rumah kita dahulu sebelum kita lepaskan mereka bermain diluar. Lebih mudah jika kita dapat sediakan sangkar yang selesa untuk mereka tidur diperingkat awal penjagaan.
JENIS MAKANAN? Sehingga berumur 1 tahun, anak2 kucing memerlukan 3 kali ganda kalori yang diperlukan oleh kucing dewasa. Kita boleh memilih makanan kering "dry food" atau makanan basah "wet food" dari berbagai jenama. Seeloknya kita memberi anak2 kucing ini makan sebanyak 3-5 kali sehari dalam jumlah yang sederhana. Atau kita boleh menyediakan bekas makanan yang bersih yang boleh dicapai oleh anak kucing kita pada bila2 masa.
AIR DIMANA2....Sentiasa pastikan ada bekas air yang bersih dan sejuk untuk diminum oleh anak kucing kita. Jika dapat biarkan beberapa bekas dikawasan yang senang dicari oleh mereka, dan jika kita dapati anak2 kucing kurang minum air bersih yang disediakan, lebih baik untuk kita berikan mereka makanan basah supaya mereka akan dapat bekalan air secukupnya.
LITTERBOX N SCOOP..Secara semulajadinya kucing akan mencari tanah atau pasir untuk membuang air, jadi kita perlu sediakan tempat yang bersih bagi tujuan tersebut dan biarkan anak kucing kita tau ianya dimana. Ada bermacam jenis pasir yang boleh digunakan, seperti clay litter dan chrystal litter, serta wood chips atau paper chips. Yang penting litterbox kucing perlu dibersihkan sekali atau dua kali sehari, ianya lebih menjimatkan dan bersih dari kita biarkan litterbox itu penuh dengan najis dan kencing. Sesekali elok dijemur litterbox itu dibawah matahari untuk mengeringkannya dan seminggu sekali bekas litterbox itu elok dicuci dan digantikan dengan pasir yang baru.
SEDIAKAN TEMPAT TIDUR YANG SELESA..Tabiinya kucing akan tidur dalam 16 jam sehari, dan bagi anak kucing ianya pasti berlebih lagi. Kita boleh menyediakan tempat tidur yang selesa untuk anak2 kucing kita samada dengan meletakkan kain bersih seperti tuala, atau menyediakan 'cat tree', 'cat cushion' dan lain2. Ada waktunya kucing akan mencari tempat yang sejuk dan terlindung untuk dia tidur.
BERMAIN DGN KUCING.. Luangkan masa untuk bermain dgn anak kucing setiap hari, dan dgn melakukan ini kita dapat mengajar anak kucing itu untuk menjadi haiwan kesayangan yang baik (a good pet). Kita juga dapat menggalakkan kucing kita menjadi sihat dan aktif, membina koordinasi yang baik dan mencari jalan keluar untuk menangani beberapa behaviour kucing. Sekiranya kucing kita suka menggigit dan menganggap tangan kita sebagai alat mainannya, maka kita boleh sediakan soft toy sebagai ganti, kerana habit tersebut mungkin boleh mencederakan orang lain jika dibenarkan.
UTAMAKAN KESELAMATAN...Kucing lazimnya bermain menggunakan mulut, jadi biar secomel manapun kucing kita kelihatan apabila bermain dgn barang2 dirumah, kita perlu pastikan ianya tidak merbahaya buat kucing. Barang2 seperti ribbon, getah gelang, klip kertas, dental floss, pin, ubat2an, plastik tutup botol dan sebagainya boleh memudaratkan kucing2 kita, jadi lebih elok kita pastikan ianya disimpan ditempat yang tidak boleh dicapai oleh kucing.
MENGAJAR KUCING BERDISIPLIN...Persekitaran dalaman rumah kita merupakan satu persekitaran baru buat kucing, so they have to learn some rules. Kita boleh mendisiplinkan kucing kita dengan menyediakan beberapa cara untuk menukar kebiasaan mereka. Sebagai contoh, untuk mengelakkan kucing kita mencakar diperabut2 kita, kita boleh sediakan 'scratching post' bagi tujuan itu. Untuk mengelakkan kucing menarik langsir dan menggunakan langsir untuk memanjat, kita sediakan satu tiang bersalut kain sebagai ganti...boleh juga kita sediakan 'cat tree' yang banyak dijual sekarang dikedai2 keperluan haiwan.
WAJARKAH 'DECLAWING?'...Setengah2 pemelihara kucing melakukan declawing atau dalam kata mudahnya mencabut kuku kucing dengan alasan untuk menjadikannya haiwan peliharaan atau pet yang baik. Bagaimanapun ianya agak keterlaluan kerana kuku kucing bercantum dengan tulang dan declawing bermakna kita akan memotong satu sendi jari kucing untuk tujuan itu. Sekiranya kita tergamak melakukannya, kita perlu melakukannya ketika anak kucing berumur dibawah 6 bulan, dan kucing yg telah dicabut kuku mesti dijadikan kucing indoor kerana dia tidak boleh mempertahankan dirinya dari serangan haiwan lain.
BAGAIMANA UTK MENGELAKKAN CAKARAN KUCING?...Gunakan nail clipper untuk memotong kuku anak kucing kita, dan kita hanya perlu memotong dihujung kuku. Jangan memotong di bahagian tengah atau "quick" ie bahagian yg kelihatan merah jambu ditengah kuku kucing, kerana ianya akan menyebabkan kesakitan dan pendarahan pada kucing. Untuk memotong kuku, tekan dgn lembut dibahagian tapak tangan kucing bagi mengeluarkan kukunya. Manakala scratching board boleh membantu mengelakkan kucing mencakar diperabut..
MAKANAN YG BERBAHAYA UNTUK KUCING..Kopi, teh n alcohol merupakan minuman yang berbahaya untuk kucing. Dan untuk memastikan kucing kita selamat, jauhi dari bawang dan garlic kerana ianya boleh menyebabkan anemia pada kucing. Lebih selamat untuk memberi kucing makanan yang khas untuk mereka.
TUMBUHAN YANG MERBAHAYA PADA KUCING?...terdapat beberapa tumbuhan yang kita tanam diluar rumah kita yang boleh mendatangkan bahaya pada kucing2 dan diantaranya ialah 'chrysanthemum', 'azalea', 'tulip bulb' dan 'oleander'. Manakala Lily pula amat beracun dan merbahaya pada kucing2 kita, dimana pendedahan yang sedikit juga boleh menyebabkan anak kucing kita jatuh sakit.
8 MINGGU; NEUTER @ SPAY? Memilih untuk memandulkan anak2 kucing adalah pilihan kita sendiri. Kebanyakan pemilik kucing membenarkan kucing2nya untuk membiak sekali atau dua sebelum memandulkan kucing tersebut. Ianya bergantung pada kesediaan tuan punya kucing samada ingin memelihara anak2 kucing yang bakal lahir atau tidak. Bagi kucing jantan, memandulkannya mengurangkan tabiat untuk kencing dimerata tempat sebagai penandaan kawasan. Didalam Islam, ianya diharuskan sekiranya bertujuan untuk kebaikan.
Sekiranya memilih untuk dimandulkan, ianya boleh dilakukan seawal umur anak kucing kita sekitar 8 minggu.
Sekiranya memilih untuk dimandulkan, ianya boleh dilakukan seawal umur anak kucing kita sekitar 8 minggu.
CEGAH JANGKITAN FEA..Jika anak kucing kita kerap menggaru, menjilat atau menggigit kulit berlebihan, gugur bulu dibahagian tertentu serta terdapat iritasi pada kulit, ianya mungkin bermakna ianya dijangkiti oleh flea. Flea perlu dirawat dengan segera.
ELAKKAN JANGKITAN CACING USUS..Kita perlu memberikan ubat cacing kepada anak2 kucing kita bagi mengelakkan jangkitan roundworm (yg menyebabkan cirit birit, muntah dan pneumonia), hookworm (yg boleh menyebabkan anemia) serta tapeworm. Sekiranya kita terlihat objek seperti bijirin halus berwarna putih didalam najis atau didubur kucing, ianya perlu diberikan ubat cacing dgn segera.
VAKSINASI KUCING..Anak kucing boleh divaksinkan seawal umurnya 6-9 minggu dan bergantung pada berat badan serta keadaan kesihatannya. Vaksin amat digalakkan untuk mencegah penyakit2 yang merbahaya seperti feline panleukopenia, feline leukemia dan jangkitan saluran pernafasan atas (URTI). Kita boleh berbincang dgn vet tentang vaksin yang perlu diambil.
Pengalaman sendiri bila 3 ekor anak kucing yang belum berumur setahun mati berturut2 akibat serangan virus amat menyedihkan, jadi sebaiknya kita segera mengimunisasikan kucing2 kita agar sentiasa sihat dan bebas dari jangkitan yang boleh membawa maut.
BAGAIMANA KITA TAU KUCING KITA SAKIT?..Ada beberapa simptom yang menandakan kucing kita tidak seihat seperti..tak mau makan atau minum, kurang aktif, menyorok, bersin, selsema, lebih banyak tidur dari bermain seperti kebiasaanya, batuk, dan juga kurang berat badan. Jika terdapat tanda2 seperti diatas, bawa kucing dgn segera berjumpa vet, dan jangan sesekali memberikan ubat2 manusia untuk kucing kerana ada yang boleh membunuh kucing.
BAGAIMANA KITA TAU KUCING KITA SAKIT?..Ada beberapa simptom yang menandakan kucing kita tidak seihat seperti..tak mau makan atau minum, kurang aktif, menyorok, bersin, selsema, lebih banyak tidur dari bermain seperti kebiasaanya, batuk, dan juga kurang berat badan. Jika terdapat tanda2 seperti diatas, bawa kucing dgn segera berjumpa vet, dan jangan sesekali memberikan ubat2 manusia untuk kucing kerana ada yang boleh membunuh kucing.
0 ulasan:
Post a Comment