Friday, May 5, 2017

Filled Under:

Pemandu dibelasah teruk akibat bunyi hon bertalu semasa solat Jumaat

JOHOR BAHRU, 8 Syaaban 1438H, Jumaat – Satu video memaparkan sebuah kereta Toyota Camry serta pemandunya ‘dikerjakan’ teruk oleh jemaah masjid selepas solat fardu Jumaat menjadi tular di laman sosial.
Pemandu kereta difahamkan dipukul secara beramai-ramai usai solat Jumaat kerana sengaja membunyikan hon secara bertalu-talu tanpa henti ketika jemaah masjid sedang solat kerana konon kenderaannya terhalang dengan kereta lain yang diparkir di tepi jalan.
Mangsa yang memandu kereta Toyota Camry warna putih dilihat cuba melarikan diri ketika diserang jemaah masjid sehinggakan kenderaannya melanggar beberapa lelaki.
Tidak puas hati dengan perangai pemandu tidak beradab itu, jemaah masjid bertindak pantas mengejar kenderaan tersebut.
Dalam video tular itu juga terpapar beberapa jemaah yang bertindak ganas dengan menggunakan topi keledar dan kon untuk memecahkan tingkap kereta itu.
Mangsa yang kemudian keluar dari kenderaannya lantas dibelasah dan dipukul secara bertubi-tubi oleh jemaah masjid menggunakan kon dan beberapa peralatan sebagai mengajar sikapnya itu yang amat rasis.
Di pengakhiran video, mangsa diselamatkan oleh beberapa jemaah masjid yang turut berada di kawasan kejadian.






0 ulasan:

Post a Comment