Sebenarnya, saya ini bukanlah 'cat lover' sangat. Saya suka kucing tetapi saya geli dengan kucing. Kalau lepak di kedai mamak atau kafe yang ada kucing, bila ada kucing lalu di bawah kaki dan ekornya terkena pada kaki saya, serius saya akan terkejut!
Kalau yang jenis kucing nak makanan sampai dia berdiri pegang peha kita, itu lagilah saya takut! Tetapi saya masih suka kucing. Kalau yang ada sampai peluk cium kucing macam bantal itu, memang sayalah.
Orang kata, kalau nak murah rezeki, nak hidup tenang, kongsi rezeki dengan makhluk tuhan. Salah satunya ialah kucing. Sebelum ini saya cuma tengok saja orang bagi kucing makan.
Ada yang update media sosial bagi kucing makan supaya murah rezeki. Ada usahawan yang kongsi tips nak kaya dan berjaya, salah satu tipsnya ialah bagi kucing makan. Dan ada seorang mamat ini, semasa saya shooting, dia bagi kucing makan.
Saya tanya dia, mana dapat makanan kucing itu? Dia kata, beli di supermarket sahaja. 1 paket dalam RM1.80 saja. Ada banyak dalam keretanya. Itu semua disediakan untuk beri kucing terbiar makan.
Selepas beberapa bulan, saya melatih diri untuk memberi makanan kepada kucing-kucing. Dah beberapa bulan jugalah saya buat begini dan syukur rezeki tuhan mencurah-curah. Dalam kereta saya, saya dah beli banyak-banyak. Jadi saya boleh bagi kucing makan walaupun saya belum membela seekor pun.
0 ulasan:
Post a Comment