Monday, May 22, 2017

Filled Under:

Kisah Syeikh Usamah Al Azhari bersama seekor kucing

Kucing adalah haiwan kesayangan bagi kita beragama islam. Memiliki kucing sebagai terapi dan memupuk jiwa pencinta menjadi bertanggungjawab dan peyayang. Malah haiwan comel ini lebih dikenali sebagai haiwan pembawa rezeki
 Ketika ditanya oleh DJ Mona,Radio Ikim kepada Syeikh Dr. Usamah berkenaan gambar Sheikh Dr. Usamah yang mengusap seekor kucing yang tersebar luas di alam maya, beliau sambil ketawa menjelaskan bahawa pada ketika beliau sedang mengajar Kitab Syamail Muhammadiah kepada murid-muridnya, seekor kucing telah lalu dihadapannya dan pada ketika itu fikiran beliau terlintas kepada peristiwa yang berlaku terhadap salah seorang Sheikhul Azhar yang lalu, iaitu Sheikh Ahmad Dardir al-Maliki.
Beliau lantas menceritakan peristiwa bagaimana ketika Sheikh Dardir sedang mengajar, beliau ternampak salah seorang anak muridnya yang dengan kasar menghalau kucing yang masuk ke ruang ketika mereka sedang duduk dalam majlis ilmu. Sheikh lantas memarahi pelajarnya itu kerana tidak beradab dengan haiwan. Tidak sepatutnya penuntut ilmu bersikap kasar sedemikian.

Semenjak dari itu, Sheikh Dardir akan menyediakan tempat khas dalam majlis ilmunya itu sebagai tempat untuk kucing makan sehingga ke suatu peringkat pernah terjadi apabila Sheikh Dardir berjalan untuk mengajar di suatu pagi, puluhan mungkin ratusan kucing-kucing mengerumuni kakinya untuk mendapatkan makanan.
Sheikh Dr. Usamah menekankan betapa akhlak Islam itu indah, bukan sahaja dengan haiwan bahkan dengan semua makhluk ciptaan Allah SWT samada yang bernyawa atau tidak. Beliau turut mengingatkan bagaimana sahabat Rasulullah SAW yang terkenal dengan gelarannya “Abu Hurairah” (Bapa Kucing) mengatasi nama sebenarnya lantaran kasih sayang dan rahimnya beliau terhadap kucing. Tidak ramai di kalangan kita hari ini yang mengetahui nama sebenar Abu Hurairah. 




0 ulasan:

Post a Comment